Kesedaran tentang masalah kemurungan dalam kalangan guru
Masalah kemurungan merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan dalam diri individu, terutamanya bagi golongan profesion perguruan. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran para guru tentang masalah kemurungan. Dengan kes...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17046/1/44469-143365-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17046/ https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Masalah kemurungan merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang berpunca
daripada kurangnya pengetahuan dalam diri individu, terutamanya bagi golongan profesion
perguruan. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran para guru
tentang masalah kemurungan. Dengan kesedaran yang ada pada para guru terhadap masalah
kemurungan tersebut akan menjamin kesejahteraan hidup mereka dalam semua aspek,
terutamanya dalam sistem sekolah. Seterusnya, ia akan mengekalkan produktiviti para guru
dalam kehidupan seharian mereka. Kaedah analisis digunakan dalam penyelidikan kajian
kualitatif ini adalah kaedah pengumpulan data secara tematik. Seramai sepuluh (10) orang
responden, yang terdiri daripada guru mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan awam
sama ada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) di SMKA Al-Mashoor Perempuan, Pulau Pinang telah ditemu
bual. Hasil kajian telah dianalisis secara manual dengan menggunakan kaedah teknik analisis
kandungan, dan mendapati bahawa para guru rata-rata mempunyai kesedaran akan masalah
kemurungan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana para guru masing-masing
mempunyai pengalaman secara tidak langsung terhadap masalah kemurungan, seperti
mempunyai kenalan atau pelajar yang dikesan telah mengalami masalah kemurungan. Namun
begitu, kefahaman para guru terhadap masalah kemurungan adalah kurang, kerana kurangnya
pendedahan terhadap pendedahan masalah kemurungan kepada para guru di sekolah. Oleh
hal yang demikian, penyelidik mencadangkan Akta Kerja Sosial digazetkan agar jawatan
Pekerja Sosial Sekolah untuk membantu menangani masalah kesihatan mental di sekolah. |
---|