Proses pengurusan pelupusan teks-teks al-Qur’an di Jabatan Agama Islam Negeri Johor: peranan pihak yang bertanggungjawab dan permasalahannya
al-Qur’an al-Karim adalah kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pemeliharaan al-Qur’an merupakan suatu perkara yang amat penting bagi menjaga kesucian dan kemuliaannya daripada tercemar. Pihak kerajaan telah mengambil suatu i...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17090/1/36889-116356-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17090/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1238 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | al-Qur’an al-Karim adalah kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau
sudah tidak boleh digunakan lagi. Pemeliharaan al-Qur’an merupakan suatu perkara yang amat
penting bagi menjaga kesucian dan kemuliaannya daripada tercemar. Pihak kerajaan telah
mengambil suatu inisiatif dengan melantik organisasi khusus untuk menjalankan tanggungjawab
dalam mengurus bahan-bahan cetakan teks al-Qur’an. Namun begitu, kelemahan pada
pengurusan telah menyebabkan masalah lambakan teks-teks al-Qur’an tidak dapat dibendung.
Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji proses pelupusan al-Qur’an, pihak pengurusan
dan permasalahannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian
analisis dokumen. Teknik pengumpulan data adalah menggunakan dokumen-dokumen daripada
pihak yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor
sebagai sumber primer manakala secara kepustakaan sebagai sumber sekunder. Analisis data
dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian
mendapati perlaksanaan pelupusan al-Qur’an di Malaysia adalah memenuhi ketetapan syarak.
Teknik yang sering dipraktikkan hanyalah satu iaitu teknik pembakaran dan pembuangan abu ke
dalam laut. Pengurusan pelupusan di Johor diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Dapatan menunjukkan empat masalah utama yang menjadi halangan dalam menguruskan
pelupusan iaitu kelemahan dan kelonggaran pada Akta Pelupusan al-Qur’an, kekurangan kekuatan
tenaga kerja, mengutamakan program dan aktiviti Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan
kekangan masa. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak kerajaan dan pihak pengurusan dalam
memperbaiki pengurusan pelupusan al-Qur’an di Johor ini dengan lebih efektif. |
---|