Impak media animasi terhadap kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak
Terdapat pelbagai jenis media animasi di pasaran hari ini, namun pemilihan media yang sesuai adalah penting dalam memastikan pengaruh yang ditinggalkan oleh media animasi itu memberi impak yang positif kepada kanak-kanak khususnya kemahiran komunikasi interpersonal. Jika media animasi dimanfaa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17113/1/336-Article%20Text-502-1-10-20201030.pdf http://journalarticle.ukm.my/17113/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Terdapat pelbagai jenis media animasi di pasaran hari ini, namun pemilihan media yang sesuai adalah
penting dalam memastikan pengaruh yang ditinggalkan oleh media animasi itu memberi impak yang
positif kepada kanak-kanak khususnya kemahiran komunikasi interpersonal. Jika media animasi
dimanfaatkan secara baik, ia akan membentuk keperibadian kanak-kanak yang seimbang dari segi
fizikal, mental dan psikologikal. Kertas ini membincangkan penggunaan media animasi dan sejauh
mana ia mempengaruhi kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak. Kanak-kanak adalah
golongan paling terkesan dengan pendedahan media yang semakin sukar dikawal. Ini disebabkan sifat
mereka yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat menerusi media. Justeru impak yang
ditinggalkan oleh media animasi dari segi kandungan mesej dan pembelajaran sosial terhadap kanak-kanak adalah wajar untuk diambil perhatian. Tiga dimensi impak media animasi telah dikaji untuk
melihat hubungan dan pengaruh media animasi terhadap komunikasi interpersonal kanak-kanak. Tiga
dimensi tersebut ialah kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal), kekuatan mesej negatif (bukan
verbal/verbal) dan pembelajaran sosial kanak-kanak. Berdasarkan analisis min, dimensi media
animasi menerusi kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal) terhadap komunikasi interpersonal
kanak-kanak berada pada tahap tinggi. Manakala, untuk dimensi kekuatan mesej negatif (bukan
verbal/verbal) dan pembelajaran sosial kanak-kanak, kedua-duanya berada pada tahap sederhana.
Melalui ujian korelasi pula, wujud hubungan positif yang signifikan tetapi rendah antara kekerapan
pendedahan media animasi dengan kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak. Sementara
analisis regresi pelbagai pula menunjukkan kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal) dan
pembelajaran sosial kanak-kanak memberi pengaruh yang signifikan ke atas kemahiran komunikasi
interpersonal kanak-kanak sebanyak 51.5 peratus. Dimensi lain yang dikaji iaitu kekuatan mesej
negatif (bukan verbal/verbal) adalah tidak signifikan. |
---|