Prestasi mekanik korona zirkonia monolitik melalui kaedah unsur terhingga
Dalam kajian ini, prestasi mekanik korona zirkonia monolitik bagi aplikasi dental dikenal pasti melalui analisis kaedah unsur terhingga (FEM) iaitu analisis terma dan analisis beban mekanikal. Zirkonia ialah bahan restorasi dental yang semakin meluas digunakan kerana mempunyai sifat bioserasi da...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17180/1/18.pdf http://journalarticle.ukm.my/17180/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil4_2021/KandunganJilid50Bil4_2021.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Dalam kajian ini, prestasi mekanik korona zirkonia monolitik bagi aplikasi dental dikenal pasti melalui analisis kaedah
unsur terhingga (FEM) iaitu analisis terma dan analisis beban mekanikal. Zirkonia ialah bahan restorasi dental yang
semakin meluas digunakan kerana mempunyai sifat bioserasi dan estetik yang baik berbanding bahan lain. Oleh itu,
tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketebalan korona zirkonia monolitik yang mampu menahan kitaran
beban yang dikenakan, mengenal pasti kesan kitaran perubahan suhu pada struktur korona dengan ketebalan berbeza
dan mengenal pasti perhubungan antara kitaran beban dan kitaran terma pada korona gigi zirkonia monolitik melalui
simulasi FEM. Model 3D reka bentuk berbantu komputer (CAD) korona zirkonia monolitik dengan ketebalan 0.5, 0.6,
0.7, 0.8 dan 0.9 mm telah dijana melalui kaedah imbasan tomografi berkomputer. Kitaran beban yang dikenakan
adalah 300, 400, 500, 600, 700 dan 800 N manakala kitaran terma pula dikenakan perubahan suhu antara 5 sehingga
55 °C. Justeru, gabungan analisis ini melalui simulasi FEM menggambarkan persekitaran mulut yang lebih realistik
dan kompleks terhadap prestasi korona zirkonia monolitik bagi aplikasi dental. Hasil simulasi FEM mendapati bahawa
ketebalan 0.8 dan 0.9 mm merupakan ketebalan yang paling selamat kerana menerima tekanan Von Mises paling sedikit
berbanding ketebalan lain. Namun, ketebalan 0.5 mm juga masih mampu menahan beban mekanikal dan perubahan
suhu yang dikenakan tetapi berisiko untuk mengalami keretakan. |
---|