Metodologi penulisan hadis oleh al-Zarnuji dalam karya Ta'lim al-Muta'alim

al-Zarnuji merupakan antara cendekiawan Islam yang menghasilkan karya yang masyhur di Nusantara khususnya di Indonesia. Karya beliau yang terkenal adalah kitab Ta'lim al-Muta'alim yang mana kitab ini masih banyak digunakan di beberapa pondok pesantren Indonesia saat ini. Dalam kitab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arwansyah Kirin, Abd Shakor Borham, Faisal Husen Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17282/1/49075-159532-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17282/
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1408
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:al-Zarnuji merupakan antara cendekiawan Islam yang menghasilkan karya yang masyhur di Nusantara khususnya di Indonesia. Karya beliau yang terkenal adalah kitab Ta'lim al-Muta'alim yang mana kitab ini masih banyak digunakan di beberapa pondok pesantren Indonesia saat ini. Dalam kitab ini banyak ditemukan hadis Nabi yang digunakan sebagai argumen (hujjah) tetapi status hadisnya tidak dijelaskan apakah sahih atau sebaliknya. Oleh kerana itu, penting untuk menjelaskan metodologi penulisan hadis yang terdapat dalam kitab ini agar dapat dikenali statusnya sekaligus untuk mengukur sejauh mana pengetahuannya dalam ilmu hadis. Kajian ini berhasrat mengeksplorasi metodologi penulisan hadis yang dilakukan al-Zarnuji dalam kitab Ta'lim al-Muta'alim. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan dan menganalisis metodologi penulisan hadis yang digunakan oleh al-Zarnuji dan mengungkap sejauh mana pengetahuan dan statusnya sebagai sarjana hadis melalui bukunya Ta'lim al-Muta'allim. Metodologi kajian yang digunakan adalah analisis dokumen melalui pendekatan analisis deskriptif, menjelaskan dan menganalisis kitabnya secara menyeluruh, terutama metodologi penulisan hadis. Kajian ini mendapati bahawa al-Zarnuji menggunakan beberapa metode penulisan hadis dalam kitabnya Ta’lim al-Muta'allim di antaranya ialah: (1) Menulis hadis tanpa sanad dan perawi hadis, (2) menulis hadis dengan menggunakan rawi al-a’la tanpa perawi hadis (3) menggunakan metode Riwayat bi al-Ma‘na (narasi makna). Kajian ini menemukan bahawa al-Zarnuji memiliki kemampuan dan pengetahuan yang baik dalam ilmu hadis. Selain itu ianya juga dapat memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang metode penulisan hadis yang dilakukan oleh al-Zarnuji dalam kitabnya Ta'lim al-Muta'allim.