Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia: perbincangan hadith-hadith berkaitan
Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia dilihat memiliki pendekatan yang berbeza khususnya berkaitan hubungan politik dengan bukan Muslim.Perkara ini membawa implikasi dalam pemilihan dan pemahaman terhadap hadis-hadis oleh gerakan dakwah yang membincangkan pendekatan t...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17302/1/40446-140840-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17302/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendekatan terhadap bukan Muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia dilihat memiliki pendekatan yang berbeza
khususnya berkaitan hubungan politik dengan bukan Muslim.Perkara ini membawa implikasi dalam pemilihan dan
pemahaman terhadap hadis-hadis oleh gerakan dakwah yang membincangkan pendekatan terhadap bukan Muslim.
Artikel ini membincangkan hadith-hadith berkaitan pendekatan terhadap bukan Muslim dalam Gerakan Dakwah di
Malaysia. Gerakan dakwah yang menjadi fokus kajian dalam melihat hadith-hadith yang dikemukakan ini ialah dua
badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Ikram
Malaysia (IKRAM).Hadith-hadith yang dikaji meliputi aspek pendalilan dan pemahaman berkaitan pendekatan terhadap
Bukan Muslim di kalangan Gerakan Dakwah ini.Hasil kajian mendapati bahawa hadis-hadis yang digunapakai oleh
kedua-dua gerakan dakwah ada yang menjadi persamaan dan perbezaan dalam pemahaman berkaitan pendekatan
terhadap golongan bukan Muslim di Malaysia ini.Persamaan adalah berkaitan pemahaman terhadap isu al-Insaniah
atau kebaikan berkaitan aspek kemanusiaan kepada bukan Muslim. Manakala isu perbezaan adalah aspek hubungan
politik dengan bukan Muslim dimana ISMA melihat situasi politik di Malaysia dengan berpandangan tidak bersetuju
pendekatan dalam kesepakatan politik (Tahaluf siyasi )bersama bukan Muslim disamping mendatangkan dalil yang
menjurus kearah larangan tersebut. Manakala IKRAM lebih mengambil pendekatan membina hubungan politik
bersama bukan Muslim dan lebih melihat kepada aspek tatakelola dan tadbir urusyang baik dalam pemerintahan
disamping peluang menyampaikan dakwah dan suara Islam kepada bukan Muslim. Implikasi kajian ini memberikan
pemahamanbahawa perbincangan hadis-hadis ini adalah bersifat ijitihadi oleh kedua-dua gerakan dakwah dan setiap
pandangan memiliki justifikasi serta hujjah masing-masing dalam usaha menjaga kemaslahatan Islam di Malaysia dan
kesinambungan dakwah di negara ini. |
---|