Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi menggunakan model Rasch
Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran Teknologi telah dibina bagi mengukur tahap kecerdasan remaja dalam menghadapi cabaran teknologi menggunakan model CORE dan pemeriksaan ciri-ciri psikometriknya menggunakan model Rasch. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah yang melibatkan tiga...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17319/1/42051-140516-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17319/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran Teknologi telah dibina bagi mengukur tahap kecerdasan remaja dalam
menghadapi cabaran teknologi menggunakan model CORE dan pemeriksaan ciri-ciri psikometriknya menggunakan
model Rasch. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah yang melibatkan tiga daerah di Selangor iaitu
daerah Gombak, Kuala Langat dan Sepang. Kajian ini melibatkan 660 responden. Instrumen ini mengandungi empat
konstruk iaitu konstruk kawalan, kepunyaan, jangkauan dan ketahanan. Data dianalisis menggunakan perisian
Winsteps 3.73. Dapatan menunjukkan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96 dan indeks kebolehpercayaan individu
adalah 0.91. Bacaan indeks pengasingan item adalah 5.76 dan indeks pengasingan individu adalah 3.11. Analisis
polariti item menunjukkan nilai Point Measure Correlations adalah antara 0.29 hingga 0.55. Analisis unidimensi pula
menunjukkan nilai varian reja terpiawai adalah 20.7% dan nilai varians yang tidak dijelaskan dalam kontras pertama
adalah 5.7%. Manakala analisis kesesuaian item pula menunjukkan nilai Mean Squareinfit dan outfit berada antara
0.75 hingga 1.43. Bagi analisis kebebasan setempat nilai yang ditunjukkan adalah -0.25 hingga 0.41. Justeru kajian
ini menyumbang kepada pembentukkan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi yang berkualiti hasil
pemeriksaan ciri psikometrik menggunakan Model Rasch. Selain itu, Kajian ini juga memberikan implikasi kepada
perkembangan model CORE dalam konteks cabaran yang berbeza iaitu cabaran teknologi. Hal ini dapat membantu
pihak sekolah bagi merancang program khas bagi tujuan pembangunan diri murid agar kekal relevan serta berdaya
saing dalam era perkembangan teknologi. Selain itu, instrumen ini dapat membantu murid untuk mengenal pasti tahap
kecerdasan menghadapi cabaran bagi diri sendiri serta mampu berusaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri
dan berupaya bersaing di peringkat global. |
---|