Kesan nomofobia terhadap estim kendiri murid-murid berkeperluan khas
Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti tahap nomofobia dan tahap estim kendiri serta kesan nomofobia terhadap estim kendiri dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas di Malaysia. Kebergantungan terhadap telefon pintar telah menyebabkan pelbagai gangguan psikologi, antaranya nomofobia. No...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17326/1/42135-140556-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17326/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti tahap nomofobia dan tahap estim kendiri serta kesan nomofobia terhadap
estim kendiri dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas di Malaysia. Kebergantungan terhadap telefon pintar
telah menyebabkan pelbagai gangguan psikologi, antaranya nomofobia. Nomofobia merupakan ketakutan dan
kebimbangan yang dialami oleh seseorang individu semasa ketiadaan telefon pintar. Nomofobia turut dialami oleh
murid-murid sekolah menengah, termasuklah murid berkeperluan khas. Bagi mendalami perhubungan ini dari aspek
murid berkeperluan khas, soal selidik telah diedarkan kepada 285 orang murid berkeperluan khas. Penganalisisan data
terhadap tahap nomofobia dan tahap estim kendiri telah dilaksanakan melalui statistik deskriptif menggunakan nilai
min dan sisihan piawai. Statistik inferensi melalui ujian korelasi Spearman rho pula digunakan untuk menganalisis
korelasi antara tahap nomofobia dengan tahap estim kendiri. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid berkeperluan
khas mengalami nomofobia pada tahap sederhana (M=2.73, SP=.412) dan mempunyai estim kendiri yang tinggi
(M=2.72, SP=.266). Kajian ini mendapati wujud korelasi positif yang signifikan tetapi rendah antara tahap nomofobia
dan tahap estim kendiri murid-murid berkeperluan khas (rs
=.210, n=285, p<0.05). Dapatan ini memberi implikasi
positif dari segi penggunaan telefon pintar dalam meningkatkan estim kendiri murid-murid berkeperluan khas melalui
aplikasi-aplikasi yang menyokong keperluan khas mereka. Aplikasi-aplikasi seperti instant messaging dan media sosial
pula dapat menginklusifkan mereka dalam masyarakat yang seterusnya menyokong perkembangan estim kendiri yang
lebih positif. Penggunaan telefon pintar bawah pemantauan daripada ibu bapa dan komuniti adalah penting agar
peranti ini tidak disalahgunakan oleh murid-murid berkeperluan khas. |
---|