Reaksi masyarakat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan wabak Covid-19

COVID-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik kesihatan. Ia secara tidak langsung bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang individu yang dijangkiti bahkan ia boleh mengancam kepupusan di sesebuah negara jika tidak diatasi dengan cepat dan bijak. Penjarakkan sosial sepertim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafizah Yusoff, Muhammad Ridhwan Sarifin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17338/1/40388-161999-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17338/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1410
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:COVID-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik kesihatan. Ia secara tidak langsung bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan seseorang individu yang dijangkiti bahkan ia boleh mengancam kepupusan di sesebuah negara jika tidak diatasi dengan cepat dan bijak. Penjarakkan sosial sepertimana diwar-warkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu pencegahan kesihatan awam yang berkesan dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Justeru itu, artikel ini menilai mengenai reaksi masyarakat serta kepatuhan masyarakat terhadap PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini dilaksanakan ketika PKP berada di fasa ketiga. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah utama iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan google form. Seramai 959 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Dapatan utama kajian mendapati majoriti responden memberikan reaksi positif terhadap arahan PKP yang telah dikeluarkan. Dari segi kepatuhan pula, majoriti responden turut menyatakan kepatuhan mereka terhadap PKP. Namun demikian, didapati antara sebab kepatuhan ini adalah disebabkan oleh visibility pihak berkuasa yang ditempatkan di seluruh negara. Adalah lebih baik jika kesemua rakyat negara ini mematuhi PKP kerana ‘self internalization’ mengenai kesedaran perlunya mematuhi PKP, iaitu memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dihapuskan daripada membimbangi akibat seandainya ditangkap oleh pihak berkuasa. Keseluruhannya, masyarakat mengambil cakna terhadap arahan PKP dan pihak kerajaan juga sudah semakin melonggarkan arahan PKP dengan memperkenalkan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menekankan kepada kawalan kendiri anggota masyarakat.