Prinsip pemahaman dan pengamalan makanan sunnah

Perkembangan teknologi hari ini memperlihatkan perkembangan dan penghasilan pelbagai inovasi produk makanan. Makanan sunnah antara produk tempatan yang kandungan bahannya mengandungi unsur-unsur seperti kurma, madu, zaitun, delima, habbatu sauda, anggur, kismis dan tin yang disebut dalam al-Qu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Esma Wan Ahmad, Hamdi Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17375/1/145-288-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17375/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/13
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkembangan teknologi hari ini memperlihatkan perkembangan dan penghasilan pelbagai inovasi produk makanan. Makanan sunnah antara produk tempatan yang kandungan bahannya mengandungi unsur-unsur seperti kurma, madu, zaitun, delima, habbatu sauda, anggur, kismis dan tin yang disebut dalam al-Quran al-Sunnah telah dihasilkan dan dipromosikan sebagai makanan sunnah. Penggunaan istilah makanan sunnah sangat meluas dalam masyarakat dengan pelbagai pemahaman diberikan samada ahli masyarakat mahupun pengeluar produk. Tanpa satu prinsip yang jelas istilah ini boleh menimbulkan salah faham tentang maksud makanan Sunnah, penggunaan hadith-hadith tertentu, percampuran bahan makanan dan seterusnya cara pengamalan pemakanan. Justeru ia memerlukan satu standard yang merungkai prinsip makanan dalam Sunnah. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan prinsip makanan sunnah menurut al-Quran dan hadis. Methodologi penulisan berbentuk analisis kandungan kajian-kajian dan dokumen berkaitan makanan dalam sunnah. Hasil kajian mendapati bahawa konsep makanan sunnah sangat luas merangkumi Halal, Tayyib dan Halalan Tayyiba tidak hanya makanan tertentu semata-mata.