Politeisme menurut deskripsi al-Quran : suatu pembicaraan historikal

Lapangan bidang antropologi telah memperkenalkan istilah politeisme yang merujuk kepada kepercayaan dan penyembahan lebih daripada satu tuhan. Manusia sejak awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam, berasa kagum dengan beberapa jenis makhluk yang dianggap istimewa dan memiliki kuasa luar bia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairulnazrin Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17507/1/48501-157325-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17507/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Lapangan bidang antropologi telah memperkenalkan istilah politeisme yang merujuk kepada kepercayaan dan penyembahan lebih daripada satu tuhan. Manusia sejak awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam, berasa kagum dengan beberapa jenis makhluk yang dianggap istimewa dan memiliki kuasa luar biasa. Keadaan ini mendorong segelintir manusia mempercayai politeisme, iaitu menyembah pelbagai tuhan di samping Allah SWT. Catatan sejarah menunjukkan bahawa politeisme telah lama wujud sebelum Nabi Muhammad SAW dibangkitkan. Persoalannya, bagaimanakah deskripsi al-Quran terhadap perkara tersebut? Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membahaskan tentang deskripsi al-Quran terhadap politeisme, khususnya tentang sejarah, bentuk, faktor dan jenis-jenis politeisme. Jenis penelitian ini adalah berteraskan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan terhadap teks ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi data sosio-historis tentang politeisme dalam umat-umat terdahulu, di samping kritikan terhadap segala bentuk penyembahan selain Allah SWT. Kesimpulannya, pembicaraan al-Quran bukan hanya tentang isu syariat, bahkan meliputi bidang antropologi dan sosiobudaya manusia sejagat.