Sorotan karya bersistematik terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas di Malaysia bagi mengatasi kesunyian
Kedatangan media sosial telah menjadikan hubungan antara manusia semakin kerap berlaku termasuk dalam kalangan warga emas. Kajian mendapati penggunaan media sosial dengan cara yang aktif di samping penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan boleh mengurangkan perasaan kesunyian dalam kalangan warga e...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17637/1/42109-156785-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17637/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kedatangan media sosial telah menjadikan hubungan antara manusia semakin kerap berlaku termasuk dalam kalangan warga emas. Kajian mendapati penggunaan media sosial dengan cara yang aktif di samping penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan boleh mengurangkan perasaan kesunyian dalam kalangan warga emas. Di Malaysia, walau pun penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas semakin memberangsangkan, tidak ramai yang mengetahui bagaimana mereka mengatasi kesunyian dengan menggunakan media sosial. Justeru, artikel ini memilih sorotan karya bersistematik sebagai satu metodologi untuk menjalankan penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pola penggunaan media sosial dalam kalangan warga emas dan penggunaan media sosial dalam membina hubungan. Kajian ini dijalankan secara sistematik melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian ini menggunakan empat proses dalam PRISMA bagi meneroka sorotan karya iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan rangkuman. Hasil kajian menunjukkan warga emas kerap menggunakan Facebook dan WhatsApp berbanding jenis media sosial lain. Tujuan warga emas menggunakan media sosial adalah untuk membina hubungan maya dengan ahli keluarga dan rakan. Mereka juga menggunakan media sosial untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengatasi perasaan kesunyian. Untuk kajian lanjutan, artikel ini mencadangkan tiga bidang kajian bagi mengatasi perasaan kesunyian dalam kalangan warga emas iaitu bimbingan penggunaan media sosial yang berkesan, penggunaan media sosial sebagai sokongan sosial bagi mengatasi kesunyian dan ceramah agama online bagi mengisi masa yang terluang. |
---|