Kombinasi pentafsiran dan penterjemahan dalam Tarjuman Al-Mustafid

Pada abad ke-17, muncul ramai tokoh Nusantara di Alam Melayu yang bukan sahaja giat berdakwah malah juga aktif dalam menghasilkan karya penulisan. Antara tokoh tersebut ialah Syeikh Abdul Rauf al-Singkili. Terdapat beberapa kajian lepas dijalankan terhadap Tarjuman al-Mustafid, karya Syeikh Abdul Ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Wardah Nazifah Razali, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salmah Ahmad, Maheram Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17694/1/30037-92050-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17694/
https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1157
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pada abad ke-17, muncul ramai tokoh Nusantara di Alam Melayu yang bukan sahaja giat berdakwah malah juga aktif dalam menghasilkan karya penulisan. Antara tokoh tersebut ialah Syeikh Abdul Rauf al-Singkili. Terdapat beberapa kajian lepas dijalankan terhadap Tarjuman al-Mustafid, karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkili dan terdapat perbezaan serta persamaan pada hasil kajian daripada tiga kajian lepas yang dirujuk. Bertitik tolak daripada perbezaan dan persamaan hasil kajian tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah terjemahan yang digunakan dalam Tarjuman al-Mustafid dan menentukan sama ada karya ini adalah karya tafsiran atau terjemahan. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan menggunakan Tarjuman al-Mustafid sebagai korpus kajian Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengumpulkan data. Data-data tersebut dianalisis secara komparatif dan deskriptif. Kajian mendapati bahawa terjemahan Tarjuman al-Mustafid bersesuaian dengan beberapa kaedah terjemahan iaitu kaedah terjemahan harfiah dan semantik. Selain itu, Tarjuman al-Mustafid adalah karya kombinasi pentafsiran dan penterjemahan yang dihasilkan dengan merujuk beberapa buah kitab tafsir.