Sokongan sosial dan kesihatan mental dan pengaruhnya terhadap kerentanan penglibatan penagih dadah serta pelencongan sosial dalam kalangan remaja

Remaja berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa kini seperti masalah keciciran sekolah, tingkah laku devian, komunikasi dan konflik dengan keluarga serta pendedahan negatif terhadap media sosial. Selain itu, remaja juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga, sekolah dan hubungan dengan rakan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohammad Rahim Kamaluddin, Ezarina Zakaria, Fauziah Ibrahim, Nazirah Hassan, Salina Nen, Jamiah Manap, Zainah Ahmad Zamani, Fatimah Yusooff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17746/1/49498-160763-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17746/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Remaja berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa kini seperti masalah keciciran sekolah, tingkah laku devian, komunikasi dan konflik dengan keluarga serta pendedahan negatif terhadap media sosial. Selain itu, remaja juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga, sekolah dan hubungan dengan rakan sebaya dalam proses perkembangan mereka. Persekitaran dan pengaruh rakan sebaya yang negatif boleh menyebabkan remaja terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial. Sehubungan itu, objektif artikel ini adalah untuk: (1) mengenalpasti hubungan di antara sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial, (2) menguji peranan sokongan sosial dan kesihatan mental umum sebagai peramal terhadap kerentanan keterlibatan penagihan dadah serta (3) menguji peranan sokongan sosial dan kesihatan mental sebagai peramal terhadap pelencongan sosial. Kajian ini menggunakan rekabentuk survei melibatkan pengedaran soal selidik kepada 604 orang responden remaja di kawasan yang dikenalpasti Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mempunyai statistik dadah tinggi. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengukur sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial. Sokongan sosial dan kesihatan mental umum juga didapati meramal secara signifikan kerentanan keterlibatan penagihan dadah. Hasil daripada kajian ini memberi implikasi pentingnya meningkatkan faktor pelindung untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.