Kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber : kajian kes di kalangan warga German-Malaysian Institute

Penggunaan media sosial telah melonjak naik dalam kalangan penduduk negara Malaysia. Antara laman media sosial yang sangat popular adalah Facebook, Youtube, Whatsapp dan Instagram. Kewujudan laman sosial yang bersifat tanpa batasan sempadan ini telah turut sama mengundang peningkatan dalam kadar jen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakiah Saizan, Dalbir Singh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17780/1/10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17780/
https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan media sosial telah melonjak naik dalam kalangan penduduk negara Malaysia. Antara laman media sosial yang sangat popular adalah Facebook, Youtube, Whatsapp dan Instagram. Kewujudan laman sosial yang bersifat tanpa batasan sempadan ini telah turut sama mengundang peningkatan dalam kadar jenayah siber. Berdasarkan kes-kes yang telah berlaku, kebanyakan kes berlaku akibat kurangnya kesedaran keselamatan siber yang diterapkan kepada pengguna media sosial. Kebanyakan pengguna media sosial tidak mengetahui bahawa jenayah siber seperti buli siber, intipan siber, phishing dan penipuan siber boleh berpunca daripada media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap kesedaran pengguna media sosial keselamatan siber, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber, membangunkan model cadangan berdasarkan faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran serta mengesahkan dan memurnikan penambahbaikan terhadap model yang dicadang. Soalan kaji selidik secara dalam talian telah digunakan semasa proses pengumpulan data. Sebanyak 231 pelajar German-Malaysian Institute telah terlibat dalam kaji selidik ini. Data yang didapati melalui kaji selidik dianalisis menggunakan aplikasi statistik SPSS. Dapatan kajian bagi persoalan kajian pertama menunjukkan min purata faktor pengetahuan 3.84, faktor persekitaran 2.86 dan faktor sikap 3.31 yang menunjukkan responden mempunyai tahap kesedaran yang sederhana. Hasil dapatan daripada ujian korelasi menunjukkan ketiga faktor mempunyai korelasi antara satu sama lain. Faktor sikap dan faktor persekitaran korelasinya adalah 0.234 iaitu sederhana lemah, manakala faktor persekitaran dan faktor sikap korelasinya merupakan 0.201 iaitu sederhana lemah dan korelasi antara faktor pengetahuan dan faktor persekitaran iaitu 0.357 iaitu sederhana kuat. Ini menunjukkan setiap faktor mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Hasil kajian yang diperoleh menyumbang dalam perkongsian satu model cadangan yang mengandungi faktor kajian telah dicadangkan iaitu faktor sikap, faktor persekitaran dan faktor pengetahuan. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pengguna media sosial dan organisasi dalam merangka strategi yang lebih efektif setelah faktor yang mempengaruhi kesedaran keselamatan siber dikenalpasti selain dapat dirujuk sebagai model dalam mempertingkatkan kesedaran keselamatan siber dan mengurangkan kadar jenayah siber di Malaysia.