Impak Pilihan Raya Umum ke-14 terhadap pulangan dan kemeruapan pasaran saham Malaysia
Pulangan dan kemeruapan merupakan aspek yang paling penting bagi pelabur dan penganalisis kewangan. Pada masa yang sama, penentuan strategi pelaburan dengan mengambil kira kos modal berdasarkan tahap risiko aset ketika sesuatu peristiwa juga sangat penting untuk dipertimbangkan. Kajian ini bertujuan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17829/1/jqma-17-1-paper3.pdf http://journalarticle.ukm.my/17829/ https://www.ukm.my/jqma/jqma17-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pulangan dan kemeruapan merupakan aspek yang paling penting bagi pelabur dan penganalisis kewangan. Pada masa yang sama, penentuan strategi pelaburan dengan mengambil kira kos modal berdasarkan tahap risiko aset ketika sesuatu peristiwa juga sangat penting untuk dipertimbangkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat impak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) terhadap pulangan dan kemeruapan pasaran saham di Malaysia. Kajian dijalankan terhadap setiap sektor saham untuk melihat reaksi sektor yang berbeza terhadap pilihan raya umum ini. Model Autoregresi Heteroskedastisiti Bersyarat Teritlak (GARCH) turut digunakan untuk mengkaji kemeruapan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) selepas PRU 14. Hasil kajian bagi pulangan abnormal mengikut sektor menunjukkan keputusan bercampur. Kemeruapan indeks KLCI selepas pilihan raya umum didapati menurun berbanding dengan sebelumnya. |
---|