Upin dan Ipin : jerebu dalam animasi

Jerebu berlaku secara semulajadi dan disebabkan aktiviti antropogenik yang tidak terkawal. Kejadian jerebu yang teruk sering dikaitkan dengan pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti seperti perindustrian, pertanian, penerokaan kawasan hutan dan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor. Aeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maharam Mamat, Maisarah Yaacob
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17881/1/52304-171719-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17881/
https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Jerebu berlaku secara semulajadi dan disebabkan aktiviti antropogenik yang tidak terkawal. Kejadian jerebu yang teruk sering dikaitkan dengan pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti seperti perindustrian, pertanian, penerokaan kawasan hutan dan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor. Aerikel ini menganalisis faktor, kesan dan cara mengurangkan impak jerebu yang terdapat dalam siri animasi Upin dan Ipin episod 10 musim ketujuh bertajuk ‘Bahaya Jerebu’. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kepustakaan melibatkan bahan rujukan seperti artikel jurnal, tesis dan artikel penulisan lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian jerebu dalam animasi Upin dan Ipin iaitu pembakaran terbuka, kaebakaran hutan dan pembebasan asap kenderaan bermotor. Jerebu didapati memberi impak kepada kesihatan, psikologi, ekonomi dan sosial. Animasi ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meminimumkan bahaya jerebu iaitu melalui pemakaian topeng muka, mengehadkan aktiviti di luar rumah, menanam sampah bagi mengelakkan pembakaran terbuka dan pembenihan awan. Kesimpulannya, siri animasi kanak-kanak seperti Upin dan Ipin berupaya menyampaikan pelbagai masej berguna dan memberi impak kepada khalayak sasaran.