Analisis wacana agama dan globalisasi : menyingkap pendekatan al-Qardawi

Karya Sheikh Yusuf al-Qardawi (2004) Khiṭābunā al-Islāmīy fī `Asr al-`Awlamaṯ (Wacana Islam Kita pada Era Globalisasi) merupakan respons dan pandangan beliau tentang impak globalisasi serta strategi penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh masyarakat Islam. Oleh kerana pemikiran al-Qardawi bukan na...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Mohd Shabri Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17969/1/173-336-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17969/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Karya Sheikh Yusuf al-Qardawi (2004) Khiṭābunā al-Islāmīy fī `Asr al-`Awlamaṯ (Wacana Islam Kita pada Era Globalisasi) merupakan respons dan pandangan beliau tentang impak globalisasi serta strategi penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh masyarakat Islam. Oleh kerana pemikiran al-Qardawi bukan naratif agama semata-mata, maka terdapat ciri dan pendekatan linguistik dan bukan linguistik yang menjadi elemen teras wacana agama. Pemikiran beliau turut mengandungi gagasan pembentukan sebuah analisis wacana agama berteraskan epistemologi Islam. Apakah elemen teras wacana agama al-Qardawi tersebut? Bagaimanakah binaan gagasan dibentuk berdasarkan analisis wacana beliau? Artikel ini bertujuan (1) mengenal pasti elemen teras wacana agama dalam pemikiran al-Qardawi, dan (2) membina gagasan dan model analisis wacana agama berpandukan pendekatan al-Qardawi. Data kajian ini ialah lima belas ciri wacana agama yang diketengahkan dalam karya berkenaan. Kerangka teoretikal adalah berdasarkan empat elemen teras analisis wacana agama, iaitu praktis tauhid, ciri teks, praktis wacana dan praktis sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua lima belas ciri dalam pendekatan wacana agama al-Qardawi mempunyai padanan dengan salah satu daripada keempat-empat elemen teras analisis wacana agama. Padanan tersebut memperlihatkan hampir terdapat keseimbangan antara elemen linguistik dengan bukan linguistik. Dapatan juga menunjukkan bahawa pendekatan wacana agama al-Qardawi merupakan satu gagasan yang membentuk satu model analisis wacana agama, khususnya dalam linguistik, yang menawarkan interpretasi yang lebih kukuh kepada model analisis wacana agama sedia ada dalam menganalisis isu-isu agama kontemporari.