Pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs : kajian terhadap ayat-ayat al-Quran terpilih

Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan juga tempat. Ia juga boleh berlaku sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Secara amnya, stres turut mendatangkan kebaikan kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan prestasi seseorang. Walaupun begitu, ia juga boleh memberi kesan bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hasmah Muhamad Don, Asmawati Muhamad, Che Zarrina Sa’ari
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17970/1/180-350-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17970/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan juga tempat. Ia juga boleh berlaku sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Secara amnya, stres turut mendatangkan kebaikan kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan prestasi seseorang. Walaupun begitu, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada manusia, terutamanya jika ia berlaku secara berlebihan dan tidak dikawal dengan sebaiknya. Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs dengan penekanan kepada kajian ayat-ayat al-Quran terpilih. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasi analisis dokumen dan analisis kandungan sebagai metodologi kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa al-nafs yang ada di dalam diri manusia sangat mempengaruhi penghasilan suatu tingkah laku termasuklah tingkah laku yang berkait dengan stres. Di samping itu, kajian juga memperlihatkan di dalam al-Quran kebanyakan ayat-ayat tentang pendekatan pengurusan stres adalah bersifat umum dan menyeluruh iaitu meliputi keadaan sedih, berputus asa, kecewa, resah dan sebagainya. Justeru, dengan mendalami ayat-ayat al-Quran tersebut terutamanya dalam konteks al-nafs ia dapat membantu seseorang untuk memahami isi kandungan ayat serta mengaplikasi pendekatan-pendekatan pengurusan stres dengan lebih berkesan.