Pertembungan antara hak beragama dan hak penentuan kendiri Orang Asli : adakah DHOA sediakan solusi

Hak orang asal telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, isu kebebasan beraga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Sayuti Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17988/1/48471-157275-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17988/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Hak orang asal telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, isu kebebasan beragama dalam kalangan Orang Asli masih belum mendapat penyelesaian yang menyeluruh disisi undang-undang. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis isu hak kebebasan beragama Orang Asli dari perspektif undang-undang domestik dan undang-undang antarabangsa. Selain itu, artikel ini juga mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian kepada isu berkaitan hak beragama dalam kalangan Orang Asli. Bagi mencapai objektif tersebut, penulisan ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dengan memfokuskan kepada peruntukan undang-undang domestik seperti Perlembagaan Persekutan, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dan dasar-dasar tertentu serta undang-undang antarabangsa. Analisis di dalam artikel ini mendapati bahawa Orang Asli berhak dan bebas untuk menganut agama sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan. Hal ini adalah selari dengan hak penentuan kendiri yang dinyatakan di dalam DHOA dan undang-undang antarabangsa. Dalam konteks ini, sebuah pendekatan yang harmoni harus diimbangi agar isu sensitif seperti ini dapat ditangani dengan baik. Justeru, pendekatan yang dilihat lebih sesuai dan mesra terhadap Orang Asli haruslah diambil termasuklah memberi penekanan diberikan kepada aspek ekonomi, pendidikan dan isu utama bagi Orang Asli iaitu isu tanah adat. Tidak dinafikan bahawa isu agama adalah isu yang penting, tetapi isu tanah adat bagi Orang Asli adalah nyawa mereka.