Kehamilan luar nikah dan reaksi keluarga : pengalaman ibu tanpa nikah yang tinggal di rumah perlindungan

Di Malaysia, topik kehamilan luar nikah masih dianggap taboo dan dipercayai sebagai tingkah laku tidak bermoral. Ini adalah kerana, kehamilan luar nikah boleh memberi malu kepada diri dan keluarga, justeru keluarga cenderung menghantar mereka ke rumah perlindungan untuk menyembunyikan kehamilan dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Jana Saim, Norulhuda Sarnon @ Kusenin, Chong, Sheau Tsuey
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18000/1/50412-164288-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18000/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Di Malaysia, topik kehamilan luar nikah masih dianggap taboo dan dipercayai sebagai tingkah laku tidak bermoral. Ini adalah kerana, kehamilan luar nikah boleh memberi malu kepada diri dan keluarga, justeru keluarga cenderung menghantar mereka ke rumah perlindungan untuk menyembunyikan kehamilan dari orang lain. Makalah ini bertujuan untuk meneroka situasi yang menyebabkan kehamilan luar nikah dan reaksi keluarga dalam kalangan ibu tanpa nikah yang tinggal di rumah perlindungan. Analisis data dibuat berdasarkan temu bual dengan 31 informan yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Verbatim temubual dianalisis menggunakan pendekatan fenomenologi Cresswell dengan dipengaruhi oleh pengekodan terbuka dan axial. Di samping itu, ia melibatkan gabungan dan padanan antara pengekodan deskriptif, emosi dan nilai. Hasil analisis menunjukkan terdapat empat jenis situasi yang menyebabkan kehamilan luar nikah iaitu diperkosa, didera secara seksual, janji palsu dan cinta. Manakala terdapat tiga cara keluarga untuk mengetahui kehamilan; tiada pengantara, profesional dan orang luar. Reaksi keluarga pula berbeza-beza; membuat laporan polis, menerima kehamilan dan tidak merancang untuk menikahkan ibu tanpa nikah, mengahwinkan ibu tanpa nikah segera, sedih, mendera dan pengasingan. Sebilangan keluarga terus memberi sokongan kepada ibu yang belum berkahwin melalui panggilan telefon, mengunjungi dan menghantar barang makanan dan keperluan harian. Manakala beberapa keluarga enggan memberikan sokongan sama sekali. Penemuan ini sangat penting bagi keluarga dan profesion menolong seperti pekerja sosial untuk memperbaiki intervensi bagi memenuhi keperluan ibu tanpa nikah.