Meneroka beban kewangan penjagaan tidak formal pesakit hilang upaya

Penjagaan pesakit hilang upaya selepas kemalangan memerlukan tempoh penjagaan yang lama memandangkan penjaga tidak mengetahui bila pesakit akan sembuh dan kebiasaannya penjagaan dilakukan secara tidak formal iaitu di rumah. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada beban kewangan dan kesan beban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Saadah Mohamad Aun, Aizan Sofia Amin, Noor Nabilah Mansor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18005/1/50418-164300-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18005/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penjagaan pesakit hilang upaya selepas kemalangan memerlukan tempoh penjagaan yang lama memandangkan penjaga tidak mengetahui bila pesakit akan sembuh dan kebiasaannya penjagaan dilakukan secara tidak formal iaitu di rumah. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada beban kewangan dan kesan beban kewangan dalam penjagaan tidak formal. Temu bual secara mendalam dilakukan kepada sepuluh orang responden yang merupakan penjaga utama kepada pesakit hilang upaya dan tinggal di Kuala Terengganu. Data dianalisis secara manual bagi memperinci dengan lebih jelas tentang kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa tiga beban kewangan utama yang dialami oleh penjaga tidak formal iaitu kos perbelanjaan penjagaan, kos utiliti dan perubatan pesakit serta sumber kewangan yang terhad. Kesan beban kewangan dalam kajian ini iaitu perubahan dari segi kesihatan fizikal dan psikologikal penjaga, kemerosotan hubungan kekeluargaan dan masa penjaga yang terhad. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada penjaga tidak formal, pekerja sosial, institusi dan jabatan yang terlibat, pengkaji-pengkaji dan sebagainya dalam meningkatkan kefungsiaan sosial penjaga tidak formal di Malaysia.