Malaysian Solidarity Convention (MSC) : pembentukan dan perjuangan terhadap konsep Malaysian Malaysia, 1965-1966

Artikel ini membincangkan pembentukan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang bermatlamat untuk memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. MSC secara rasminya telah dibentuk pada 9 Mei 1965 dan merupakan sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang yang terdiri daripada People’s Action Party (P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hafiz Isa, Mohd Samsudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18458/1/50857-175516-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18458/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Artikel ini membincangkan pembentukan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang bermatlamat untuk memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. MSC secara rasminya telah dibentuk pada 9 Mei 1965 dan merupakan sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang yang terdiri daripada People’s Action Party (PAP), United Democratic Party (UDP), People’s Progressive Party (PPP), Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) dan Parti Machinda. Pembentukan MSC telah digerakkan oleh PAP terutama sekali Lee Kuan Yew dan Toh Chin Chye yang berusaha mendapatkan sokongan dalam kalangan parti-parti pembangkang. Sehubungan itu, objektif penulisan ini adalah untuk meneliti usaha pembentukan MSC yang dibentuk berdasarkan matlamat untuk memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Perbincangan ini merangkumi perkembangan MSC dalam menggerakkan perjuangan konsep Malaysian Malaysia sejak penubuhan gabungan ini sehingga selepas penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia iaitu sepanjang 1965 sehingga 1966. Kajian ini menggunakan metodologi kajian sejarah dengan menganalisis dokumen seperti DO 169/526, 527, 529, DO 530, PREM 13/429, 430 dan Fail PDRM SR/88. Selain itu kajian ini juga menggunakan sumber akhbar iaitu Berita Harian dan The Straits Times. Kajian ini mendapati bahawa pembentukan MSC berjaya mendapat sokongan dan penyertaan dalam kalangan parti bercorak pelbagai kaum. Pembentukan gabungan ini memberi kekuatan dengan menampilkan sokongan daripada parti-parti pembangkang yang bersatu meletakkan matlamat memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Gabungan ini tetap bertahan dan bergerak setelah penyingkiran Singapura. Walau bagaimanapun, MSC tidak dapat bertahan lama setelah pada akhirnya mengalami kemerosotan dan berlaku perpecahan.