Pengalaman adaptasi silang budaya pembantu rumah Indonesia (PRI) di Malaysia
Kajian ini adalah bertujuan meneroka pengalaman adaptasi silang budaya pembantu rumah Indonesia (PRI) semasa bekerja di Malaysia. Pembantu rumah Indonesia di Malaysia memiliki kehidupan yang sangat berbeza dengan pembantu rumah di negara lain yang mana mereka diberi cuti, mempunyai masa dan waktu me...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18649/1/46045-167916-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/18649/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1424 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan meneroka pengalaman adaptasi silang budaya pembantu rumah Indonesia (PRI) semasa bekerja di Malaysia. Pembantu rumah Indonesia di Malaysia memiliki kehidupan yang sangat berbeza dengan pembantu rumah di negara lain yang mana mereka diberi cuti, mempunyai masa dan waktu meneroka budaya tuan rumah. Maka kajian ini membincangkan satu perspektif dari sudut pandang PRI tentang cabaran dan halangan semasa beradaptasi di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jangka masa dalam proses adaptasi (fasa awal), melihat masalah dan cabaran yang dihadapi pembantu rumah Indonesia semasa proses mengadaptasi budaya negara baharu. Kajian literatur menunjukkan adaptasi budaya dalam kalangan pekerja asing mempunyai pelbagai masalah dan cabaran yang berbeza bagi setiap individu. Kajian ini berpandukan Teori Adaptasi Silang Budaya oleh Kim Young-Yun (2001) yang memberi penelitian dan penjelasan terhadap adaptasi individu untuk menyesuaikan diri dengan situasi budaya yang baharu. Hasil temu bual mendalam terhadap tujuh pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia sekitar kawasan Lembah Klang mendapati mereka mengalami kejutan budaya pada fasa awal sampai di Malaysia kerana masalah bahasa, pemakanan, tertekan, kesunyian dan rindukan kampung halaman serta turut menemui cabaran dalam mempraktikkan agama, etnosentrisme dan timbulnya persepsi awal dalam diri pembantu rumah terhadap perjalanan kedatangan mereka ke Malaysia. Kajian turut mendapati motivasi diri yang tinggi dan peranan masa menjadikan pembantu rumah Indonesia berjaya bertahan untuk bekerja dan menerima budaya baharu seterusnya berjaya mengadaptasi persekitaran baharu dengan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Penyelidikan ini menyumbang kepada perspektif budaya kerja PRI dalam konteks dimensi silang budaya. |
---|