Pelaksanaan algoritma pendebungaan bunga untuk menyelesaikan masalah penghantaran ekonomi dalam sistem kuasa

Kajian ini mengemukakan kecekapan Algoritma Pendebungaan Bunga (APB) dalam menyelesaikan penghantaran ekonomi. Penghantaran ekonomi yang terbaik bagi sesuatu sistem kuasa adalah sistem terbabit dapat menjana tenaga pada kos penjanaan yang rendah. Pengiraan bagi kos penjanaan terbabit adalah tertaklu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Fariza Ramli, Nor Azwan Mohamed Kamari, Syahirah Abd Halim, Asrul Ibrahim, Ismail Musirin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18958/1/27.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18958/
https://www.ukm.my/jkukm/volume-334-2021/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini mengemukakan kecekapan Algoritma Pendebungaan Bunga (APB) dalam menyelesaikan penghantaran ekonomi. Penghantaran ekonomi yang terbaik bagi sesuatu sistem kuasa adalah sistem terbabit dapat menjana tenaga pada kos penjanaan yang rendah. Pengiraan bagi kos penjanaan terbabit adalah tertakluk kepada beberapa kekangan, seperti permintaan kuasa bagi keseluruhan sistem dan had penjanaan bagi setiap unit penjana dalam sistem terbabit. Selain itu, sistem itu juga perlu menghasilkan kehilangan kuasa yang rendah bagi mengurangkan kesan penghasilan pencemaran gas rumah hijau. Teknik pengoptimuman APB dikembangkan berdasarkan pemindahan debunga dari satu bunga ke bunga lain pada pokok yang sama atau pokok yang lain menggunakan pendebunga semulajadi seperti lebah madu, burung, air, atau angin. Antara kelebihan APB berbanding teknik lain adalah kesederhanaan dalam rumus pengiraan dan masa simulasi pencarian yang pantas. Algoritma yang dicadangkan telah dilaksanakan dalam dua sistem iaitu sistem IEEE 9 bas 3 penjana dan IEEE 30 bas 6 penjana. Kedua-dua sistem ini diuji dalam persekitaran Matlab. Bagi menyerlahkan kemampuan FPA, keputusan menggunakan teknik yang dicadangkan ini dibandingkan dengan teknik Pengoptimum Kupu-Kupu Api (PKA) untuk menentukan kecekapan pendekatan yang dicadangkan dalam menyelesaikan pengiriman ekonomi. PKA merupakan teknik pengoptimuman yang telah banyak digunakan dalam mencari keputusan optimum, terutamanya dalam penyelidikan kejuruteraan. Hasil simulasi menunjukkan bahawa APB berprestasi lebih baik daripada PKA dalam menentukan nilai penjanaan kuasa optimum dengan kos penjanaan yang minimum dan kadar kehilangan kuasa yang rendah.