Penggunaan bahasa rancu dalam medium Twitter oleh generasi Z
Makalah ini bertujuan mengenal pasti penggunaan bahasa rancu dalam kalangan generasi Z di medium Twitter dan membincangkan punca penggunaan bahasa rancu oleh generasi Z. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam mengumpul da...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19106/1/301-571-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/19106/ https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/99 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini bertujuan mengenal pasti penggunaan bahasa rancu dalam kalangan generasi Z di medium Twitter dan membincangkan punca penggunaan bahasa rancu oleh generasi Z. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian dalam mengumpul data. Tujuh ciapan pengguna Twitter yang terdiri daripada ciapan oleh generasi Z dipilih sebagai instrumen kajian. Ketujuh-tujuh, ciapan tersebut dipilih secara rawak daripada medium Twitter terpilih, tiga daripadanya digunakan untuk melihat variasi penggunaan bahasa rancu oleh golongan tersebut, manakala empat lagi digunakan untuk menjelaskan punca penggunaan bahasa rancu dari aspek pandangan pengguna media sosial Twitter itu sendiri. Hasil kajian mendapati bahawa generasi Z menggunakan bahasa rancu ketika memberikan komentar dalam ciapan di media sosial seperti percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, kata singkatan, kesalahan morfologi dan ejaan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat segelintir pengguna media sosial yang peka terhadap penggunaan bahasa rancu dan menyatakan punca penggunaan tersebut berlaku disebabkan kurang pengetahuan tentang kosa kata bahasa Melayu, sikap mementingkan pengusaan bahasa Inggeris, sikap sambil lewa terhadap penggunaan bahasa Melayu dan pengaruh media sosial. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan mengetengahkan kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna media sosial bagi mengelak kekeliruan dalam berbahasa selain mengelakkan isu pencemaran bahasa daripada berterusan. |
---|