Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam sekolah menengah bagi menghadapi cabaran pendidikan abad Ke-21 dari perspektif guru

Pendidikan abad ke-21 (PAK-21) yang dipacu oleh teknologi maklumat khususnya internet, amat berbeza berbanding dengan pendidikan sebelumnya. Kajian ini meninjau perspektif 370 guru Pendidikan Islam (PI) sekolah menengah terhadap pelaksanaan dan perubahan kurikulum PI dan kesediaannya menghadapi PAK-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnani Hashim, Muhammad Zahiri Awang Mat, Adnan A Rashid, Ainol Madziah Zubairi, Mohd Farid Mohd Shahran
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19116/1/47124-187431-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19116/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1529
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pendidikan abad ke-21 (PAK-21) yang dipacu oleh teknologi maklumat khususnya internet, amat berbeza berbanding dengan pendidikan sebelumnya. Kajian ini meninjau perspektif 370 guru Pendidikan Islam (PI) sekolah menengah terhadap pelaksanaan dan perubahan kurikulum PI dan kesediaannya menghadapi PAK-21 dalam aspek bahan sumber pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, sukatan pelajaran, dan masalah dan cabaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan bercampur dan menggunakan soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus sebagai kaedah kutipan data. Data telah dianalisis secara deskriptif, dan data daripada PKF telah ditriangulasi untuk mengukuhkan data kuantitatif. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, guru-guru PI masih berada dalam paradigma lama dalam semua komponen, khususnya kebergantungan kepada bahan tradisional seperti buku teks dan papan tulis, mengamalkan kaedah berpusatkan guru, kurang kompeten dalam pembinaan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), sukatan pelajaran yang membebankan kerana terlalu banyak topik, serta perubahan kerap dasar pendidikan yang menyebabkan masalah penguasaan murid. Kajian ini membawa implikasi bahawa masalah-masalah dalam subjek PI ini perlu diteliti dengan lebih serius dan perlunya penambahbaikan asas kurikulum dan pedagogi supaya ianya lebih sesuai dengan PAK-21.