Penerapan nilai murni melalui interaksi T-A-M dan kitaran pengajaran 5E dalam modul Tauhidik STEM Kids
Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains menggunakan modul Tauhidik STEM Kids yang disesuaikan dengan model pengajaran 5E beserta interaksi Tuhan (T), Alam (A) dan Manusia (M). Modul ini diuji keberkesanannya terhadap domain n...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19198/1/33593-109639-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19198/ https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) sains menggunakan modul Tauhidik STEM Kids yang disesuaikan dengan model pengajaran 5E
beserta interaksi Tuhan (T), Alam (A) dan Manusia (M). Modul ini diuji keberkesanannya terhadap domain
nilai murni iaitu bersyukur, bekerjasama, berfikiran rasional, menghargai alam dan sumbangan sains &
teknologi dan keadilan. Sejumlah 116 orang murid Tahun Lima dari dua buah sekolah kebangsaan di Negeri
Selangor dipilih sebagai responden kajian. Sebuah sekolah dikategori sebagai kumpulan kawalan (n=57)
iaitu menggunakan pendekatan pengajaran inkuiri secara konvensional dan sebuah lagi dikategorikan
sebagai kumpulan rawatan (n=59) iaitu menggunakan modul Tauhidik STEM Kids. Analisis dapatan soal
selidik penerapan nilai menggunakan MANOVA pengukuran berulang menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan nilai murni bagi kesan interaksi antara masa ujian dengan kumpulan. Namun terdapat
perbezaan yang signifikan praujian ke pascaujian jika tidak melibatkan kumpulan bagi nilai berfikiran
rasional, bekerjasama dan menghargai alam dan sumbangan sains & teknologi. Walaupun tiada kesan nilai
murni yang signifikan mengikut kumpulan namun ia membuktikan pendekatan pengintegrasian pendidikan
STEM serta penerapan nilai murni yang sistematik boleh dilaksanakan dalam PdP formal sekolah rendah
serta dapat dijadikan sebagai sumber pengajaran oleh guru. |
---|