Keberkesanan Google Meet dan Youtube dalam penguasaan bahasa Arab secara ODL semasa pandemik COVID-19
Penggunaan Google Meet dan Youtube berlaku peningkatan mendadak ketika pandemik corona virus (COVID-19) melanda negara. Perkara ini turut memberi kesan kepada pendidikan termasuklah bagi mata pelajaran bahasa Arab dan perlu melakukannya secara pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL). Walau bagaima...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19327/1/56063-184679-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/19327/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penggunaan Google Meet dan Youtube berlaku peningkatan mendadak ketika pandemik corona virus (COVID-19) melanda negara. Perkara ini turut memberi kesan kepada pendidikan termasuklah bagi mata pelajaran bahasa Arab dan perlu melakukannya secara pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL). Walau bagaimanapun, pembelajaran bahasa Arab secara ODL bukanlah semudah yang disangka dan mempunyai pelbagai cabaran. Tambahan pula, pelajar mengatakan bahasa Arab sukar untuk dikuasai. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti cabaran pembelajaran bahasa Arab secara ODL yang dihadapi pelajar semasa pandemik COVID-19. Kedua, menganalisis keberkesanan Google Meet dan Youtube dalam membantu pelajar menguasai bahasa Arab secara ODL semasa pandemik COVID-19. Kajian kuantitatif ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data terhadap 100 orang pelajar diploma yang dipilih secara persampelan rawak mudah daripada UiTM Cawangan Melaka. Analisis secara deskriptif dilakukan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan menunjukkan cabaran teknikal yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara ODL yang tertinggi adalah cabaran data internet terhad. Manakala cabaran terendah adalah rumah pelajar banjir semasa pandemik COVID-19. Namun begitu, pendekatan pembelajaran bahasa Arab secara ODL melalui Google Meet dan Youtube dapat membantu pelajar dengan berkesan semasa pandemik Covid-19. Kajian ini mencadangkan kajian akan datang agar dapat menyelidiki aspek cabaran yang dihadapi pensyarah bahasa Arab semasa pandemik COVID-19 dan kajian dilakukan terhadap perluasan penggunaan data internet. |
---|