Penghijrahan awal masyarakat Muslim Bosnia-Herzegovina

Campurtangan kuasa-kuasa besar Eropah dalam konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1878 telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Salah satu syarat Perjanjian Berlin adalah meletakkan pentadbiran Bosnia-Herzegovina di bawah mandat pemerintahan kerajaan Austria-Hungar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlizan Mat Enh, Ku, Boon Dar, Al Amril Othman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19332/1/56071-184694-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19332/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1522
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Campurtangan kuasa-kuasa besar Eropah dalam konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1878 telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Salah satu syarat Perjanjian Berlin adalah meletakkan pentadbiran Bosnia-Herzegovina di bawah mandat pemerintahan kerajaan Austria-Hungary. Bermula dari titik ini, memperlihatkan berlakunya proses migrasi di Bosnia-Herzegovina dalam kalangan penduduknya terutama orang Muslim. Artikel ini bertujuan mengupas isu-isu yang menyebabkan penghijrahan orang Muslim dari Bosnia-Herzegovina ke wilayah-wilayah lain dalam empayar Turki Uthmaniah sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Analisis data primer digunakan ke atas rekod-rekod British daripada kedutaannya di Bosnia-Herzegovina. Hasil kajian mendapati isu agama merupakan faktor utama dalam proses migrasi yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Proses migrasi semakin meningkat selepas Bosnia-Herzegovina diumumkan secara rasmi di bawah pentadbiran Austria-Hungary pada 1908.