Masalah kewangan dan tekanan dalam kalangan mahasiswa
Ketidaktentuan ekonomi dalam alaf ini menuntut para pelajar universiti untuk mempunyai kemahiran pengurusan kewangan. Golongan pelajar universiti lebih mudah terdedah kepada membuat pengurusan kewangan yang kurang bijak. Pengurusan kewangan yang lemah boleh mencetuskan masalah kewangan dan tekanan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19341/1/Artikel_6_Norlaila-Abu-Bakar_FEP.pdf http://journalarticle.ukm.my/19341/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-22-number-2-december-2019/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Ketidaktentuan ekonomi dalam alaf ini menuntut para pelajar universiti untuk mempunyai kemahiran pengurusan
kewangan. Golongan pelajar universiti lebih mudah terdedah kepada membuat pengurusan kewangan yang
kurang bijak. Pengurusan kewangan yang lemah boleh mencetuskan masalah kewangan dan tekanan kepada
pelajar-pelajar universiti. Dalam kajian ini masalah kewangan lebih difokuskan kepada ketidakcukupan jumlah
pembiayaan pendidikan untuk menampung keperluan asas semasa di universiti. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap masalah kewangan dalam kalangan pelajar universiti, amalan pengurusan kewangan pelajar
dan tekanan yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada proses pembelajaran. Kajian ini melibatkan 223
responden dalam kalangan pelajar prasiswazah perempuan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM.
Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert.
Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif.
Tiga dapatan utama kajian ini adalah pertama, majoriti responden yang mempunyai masalah kewangan yang
serius datang dari golongan keluarga atau isirumah berpendapatan rendah iaitu dalam kelompok B40, manakala
pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan sederhana M40 mengatakan walaupun mereka menerima pinjaman
pendidikan daripada pihak-pihak tertentu seperti PTPTN, namun jumlah pembiayaan tersebut tidak mencukupi
untuk menampung keperluan asas harian. Kedua, majoriti responden bersetuju bahawa mereka berasa kecewa,
tertekan dan murung apabila menghadapi masalah kewangan seterusnya menjejaskan proses pembelajaran.
Ketiga, masalah kewangan menyebabkan responden terpaksa menghadkan pengambilan makanan utama dalam
sehari demi menjimatkan wang. Justeru dicadangkan supaya jumlah pembiayaan pendidikan perlu ditingkatkan
seiring dengan peningkatan kos sara hidup. |
---|