Kesan bekerja secara sambilan ke atas pencapaian akademik pelajar

Kemudahan teknologi telah membantu memudahkan akses pelajar kepada pelbagai bentuk kerja sambilan. Kesannya, ramai pelajar memilih untuk bekerja sambil belajar. Penglibatan pelajar dengan kerja sambilan dapat memberi pengalaman dan ilmu yang berguna disamping menjadi platform terbaik untuk pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amsyar Hasif Abdul Taib, Suhaila Saad
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19345/1/Artikel_4_Puan-Suhaila_FEP1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19345/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-22-number-2-december-2019/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemudahan teknologi telah membantu memudahkan akses pelajar kepada pelbagai bentuk kerja sambilan. Kesannya, ramai pelajar memilih untuk bekerja sambil belajar. Penglibatan pelajar dengan kerja sambilan dapat memberi pengalaman dan ilmu yang berguna disamping menjadi platform terbaik untuk pelajar mempraktikkan ilmu yang sebelum ini hanya dipelajari secara teori. Namun begitu, kerja sambilan juga boleh memberi kesan negatif khususnya keatas prestasi akademik pelajar ekoran daripada pelbagai faktor termasuklah kegagalan menguruskan masa dengan baik. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan di antara kerja sambilan dan prestasi akademik pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 105 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Seterusnya, data yang diperolehi dari soal selidik ini dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk tujuan analisis. Kajian ini menggunakan analisis regresi dengan kaedah penganggaran kuasa dua terkecil (Ordinary Least Square, OLS). Dapatan kajian jelas menunjukkan kerja sambilan memberi implikasi negatif keatas prestasi akademik pelajar. Walaupun pelajar memperolehi banyak ilmu dari kerja sambilan tetapi ketidakmampuan menguruskan masa dengan baik telah memberi kesan buruk kepada prestasi akademik mereka. Justeru, kerajaan bersama-sama organisasi bukan kerajaan yang berkaitan perlu mencari cara terbaik untuk mengurangkan penyertaan pelajar dengan kerja sambilan dengan membantu menangani masalah kewangan mereka.