Pengabaian kanak-kanak dan jaminannya menurut syarak dan undang-undang di Malaysia

Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 1769 kes pengabaian kanak-kanak telah berlaku pada tahun 2013, 2035 kes pada tahun 2014, 2236 kes pada tahun 2015, 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Izzah Izzati Hashim, Wafaa Yusof, Zuliza Mohd Kusrin
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19389/1/JCIL-2019-41-Article-3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19389/
http://www.ukm.my/jcil/2019-4-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kadar kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 1769 kes pengabaian kanak-kanak telah berlaku pada tahun 2013, 2035 kes pada tahun 2014, 2236 kes pada tahun 2015, 2547 kes pada tahun 2016, 2410 kes pada tahun 2017 dan 1318 kes sehingga Jun 2018. Trend ini menunjukkan seolah-olah tiada langkah penyelesaian yang efektif dan jelas diambil. Memang tidak dinafikan bahawa undang-undang merupakan salah satu mekanisme yang digunakan untuk menangani isu ini, namun, sejauh manakah keberkesanannya perlu kepada perbincangan lanjut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis jaminan undang-undang yang melindungi kanak-kanak daripada diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga menurut syarak dan undang-undang di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pengabaian kanak-kanak merupakan satu perlanggaran terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada ibu bapa atau penjaga dalam melindungi kanak-kanak. Antara jaminan menurut hukum syarak terhadap hak kanak-kanak daripada diabaikan seperti hadanah, penyusuan, nafkah, harta pusaka, perwalian dan nasab. Sementara di bawah perundangan sivil pula, terdapat empat jaminan yang diberikan penekanan dalam melindungi kanak-kanak, iaitu hak untuk hidup, hak untuk mendapat perlindungan, hak perkembangan dan hak penyertaan. Kedua-dua perundangan ini juga mempunyai objektif yang sama dalam memberikan perlindungan, pemeliharaan, perkembangan dan penyertaan. Kajian ini diharapkan mampu memberikan penjelasan tentang jaminan perlindungan terhadap kanak-kanak yang diabaikan di Malaysia.