Model perkembangan undang-undang buruh Australia : panduan untuk Malaysia
Salah satu matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals (SDGs)) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah berkaitan dengan keperluan kepada pekerjaan yang berkualiti atau harmoni bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pekerjaan bukan standard telah menjad...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19437/1/33738-106438-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19437/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Salah satu matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals (SDGs)) yang digariskan oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah berkaitan dengan keperluan kepada pekerjaan yang berkualiti atau
harmoni bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pekerjaan bukan standard telah menjadi
suatu kelas perhubungan majikan-pekerja yang kian popular, kepentingan kumpulan pekerja yang terlibat perlu
dilindungi sewajarnya. Pekerjaan bukan standard bukanlah kelas perhubungan majikan-pekerja yang baru
di dalam konteks undang-undang buruh dan sumber manusia kerana telah menjadi topik kajian oleh ramai
penyelidik di Eropah terutamanya seawal 1980an. Antara sifat-sifat signifikan pekerjaan bukan standard adalah
seperti tempoh hubungan pekerjaan yang terbatas, jawatan tidak tetap atau sementara, status separa masa
atau kasual dan juga aturan kerja yang fleksibel. Bagi negara seperti Australia, selari dengan perkembangan
pesat bentuk pekerjaan bukan standard, undang-undang pekerjaan juga mengalami perubahan yang konsisten
supaya menepati keperluan kumpulan pekerja sebegini. Artikel ini bertujuan untuk meninjau transformasi
undang-undang pekerjaan di Australia secara umum dan meneliti secara khusus isu undang-undang yang
berkaitan dengan kepentingan pekerja bukan standard. Mengambil kira kerangka undang-undang pekerjaan
Australia dalam tempoh empat dekad terakhir bermula 1990an hingga masa kini, literatur yang berkaitan
akan dikaji. Penulis juga meninjau latarbelakang perkembangan pekerjaan bukan standard di dalam industri
pekerjaan di Australia dan akhir sekali, menawarkan secara ringkas aspek-aspek yang boleh dipertimbangkan
dan diteladani oleh sistem undang-undang pekerjaan Malaysia dalam merangka penambahbaikannyapada
masa akan datang. |
---|