Arahan Do Not Resuscitate (DNR) dalam sektor kesihatan dari perspektif undang-undang

Pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk dirinya. Tiada individu lain boleh membuat APA-APA keputusan berhubung dengan rawatan jika pesakit tersebut masih berkeupayaan untuk membuat keputusan. Pesakit juga boleh membuat suatu arahan un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zamre Mohd Zahir, Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, Ramalinggam Rajamanickam, Zainunnisaa Abd. Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19445/1/33447-106449-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19445/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk dirinya. Tiada individu lain boleh membuat APA-APA keputusan berhubung dengan rawatan jika pesakit tersebut masih berkeupayaan untuk membuat keputusan. Pesakit juga boleh membuat suatu arahan untuk tidak meneruskan rawatan atau menerima APA-APA campur tangan perubatan untuk dirinya. Arahan Perubatan Awal (APA) (turut disebut sebagai Arahan Awal Perubatan) ialah dokumen yang mengandungi hasrat pesakit berhubung rawatan perubatannya, dibuat semasa pesakit masih berkeupayaan membuat keputusan. Terdapat sejenis arahan dalam skop APA yang secara khusus membenarkan pesakit untuk menolak bantuan pernafasan (Cardiopulmonary Resuscitation) (CPR). Arahan tersebut dikenali sebagai Larangan Resusitasi (Do Not Resuscitate) (DNR). Walau bagaimanapun, arahan tersebut bukanlah amalan yang biasa kerana berkemungkinan bercanggah dengan kewajipan doktor untuk memberikan rawatan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Persoalan penting ialah sama ada pesakit dibenarkan di sisi undang-undang untuk membuat suatu arahan DNR. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis undang-undang semasa berhubung hak pesakit dari perspektif arahan DNR. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dalam meneroka isu-isu yang berhubung dengan DNR. Didapati bahawa DNR suatu cara untuk melindungi autonomi pesakit. Dari segi amalan dalam sektor kesihatan, perlu ada garis panduan dan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung denganarahan DNR. Hal ini penting demi melindungi autonomi pesakit di samping menjaga hubungan baik antara doktor dengan pesakit. Kesihatan merupakan suatu hak asas yang perlu dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.