Penerapan elemen berpanggung kepada reka bentuk rumah teres di Malaysia untuk mencapai keselesaan terma melalui pengudaraan semula jadi

Kehendak kajian ini adalah mengenai kelebihan penggunaan elemen berpanggung dari segi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan terma dalam reka bentuk rumah teres di Malaysia. Reka bentuk rumah teres pada masa ini mempunyai tahap kelestarian yang tidak memberangsangkan akibat dari kurangnya keselesa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Anwar, Mazlan Mohd Tahir, Leong, Yin Chen, M. F. Bukhori
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19505/1/577-1873-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19505/
https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/53/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kehendak kajian ini adalah mengenai kelebihan penggunaan elemen berpanggung dari segi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan terma dalam reka bentuk rumah teres di Malaysia. Reka bentuk rumah teres pada masa ini mempunyai tahap kelestarian yang tidak memberangsangkan akibat dari kurangnya keselesaan terma yang dicapai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kondisi tahap pengudaraan dan juga keselesaan terma di dalam reka bentuk seni bina moden rumah teres. Selain itu, kajian bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan yang boleh dirungkai dalam pembinaan elemen rumah yang berpanggung. Kesesuaian pembinaan elemen berpanggung juga akan dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran di Malaysia. Laporan penyelidikan ini akan memberikan justifikasi perkaitan yang rapat dalam elemen berpanggung, pengudaraan dan juga keselesaan terma dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu dan seni bina rumah teres. Kajian yang dilakukan adalah secara soal selidik dan juga pemerhatian. Dapatan kajian merumuskan bahawa elemen berpanggung dalam seni bina rumah teres moden berpotensi dalam mencapai tahap keselesaan terma yang tinggi melalui pengudaraan silang yang dihasilkan. Penggunaan elemen berpanggung sesuai untuk diterapkan dalam pembinaan senibina moden di Malaysia.