Meneroka tekanan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pemulihan juvana

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh kakitangan di sebuah institusi pemulihan juvana. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor peribadi dan tempat kerja yang menyumbang kepada masalah tekanan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ainur Shamsudin, Nazirah Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19586/1/229-Article%20Text-327-1-10-20200325.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19586/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/10
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh kakitangan di sebuah institusi pemulihan juvana. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor peribadi dan tempat kerja yang menyumbang kepada masalah tekanan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk meneroka keperluan fizikal dan sosial yang diperlukan oleh kakitangan untuk menangani masalah tekanan di tempat kerja. Rekabentuk yang telah digunakan dalam kajian ini adalah kaedah campuran yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah dijalankan kepada 8 orang informan berusia antara 30 dan 50 tahun. Kesemua informan telah menjawab soal selidik Workplace Stress Survey 1998 yang diperkenalkan oleh American Intitutional of Stress (AIS) dan ditemubual secara berasingan. Data kuantitatif yang telah diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan program Statistical Package for Social Sciences. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap tekanan yang dihadapi oleh majoriti informan masih lagi terkawal. Namun, keputusan data kualitatif mendapati bahawa faktor-faktor seperti masalah peribadi dan keluarga, sikap pelatih juvana dan faktor persekitaran institusi pemulihan menyumbang kepada masalah tekanan kakitangan. Informan turut mengenalpasti beberapa elemen yang perlu ditambahbaik bagi keperluan membantu mengurangkan tekanan yang dialami oleh kakitangan di institusi pemulihan juvana.