Kedudukan hadis mursal menurut Maulana Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy (1315-1402h/1898-1982) dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik

Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid, Fadlan Mohd Othman, Ahamad Asmadi Sakat
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19613/1/221-405-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19613/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain memberi tumpuan kepada ilmu fiqah, bahkan ada juga yang memperjelaskan kedudukan hadis-hadis di dalam al- Muwaṭṭa’. Salah satu ulama yang mensyarah kitab al-Muwaṭṭa’ Mālik adalah Muḥammad Zakariyyā al- Kāndahlawiyy (1315-1402H/1898-1982). Beliau memberikan nama kitab beliau dengan nama kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Di dalam kitab ini beliau memberikan jalan tengah dalam menyelamatkan hadis-hadis yang berstatus mursal. Artikel ini membahaskan bagaimana kedudukan hadis mursal menurut Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa semua hadis mursal yang berada dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik telah diselamatkan oleh beliau dengan berstatus: pertama ṣaḥīḥ kerana hadisnya bersambung di dalam ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim; kedua, hadis yang mursal disambung ditempat kutub al-sittah (selain ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim). Ketiga, hadis tetap berstatus mursal dengan tidak tersambung kitab-kitab hadis lain.