Cadangan kodifikasi Akta Zakat Nasional dan penubuhan Majlis Zakat Negara
Di antara cabaran utama pengurusan zakat di Malaysia ialah bagaimana hendak menangani kesan daripada perundangan zakat sedia ada yang tidak komprehensif. Ia termasuk masalah penguatkuasaan dan ketidakseragaman perundangan zakat di setiap negeri. Semua masalah ini telah mengakibatkan kepincangan ku...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19631/1/jeko_521-12.pdf http://journalarticle.ukm.my/19631/ https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Di antara cabaran utama pengurusan zakat di Malaysia ialah bagaimana hendak menangani kesan daripada
perundangan zakat sedia ada yang tidak komprehensif. Ia termasuk masalah penguatkuasaan dan ketidakseragaman
perundangan zakat di setiap negeri. Semua masalah ini telah mengakibatkan kepincangan kutipan zakat bermula
dari masalah pengelakan membayar zakat, hilang keyakinan terhadap institusi zakat bertauliah hinggalah kepada
masalah agihan zakat yang kecil di sebahagian negeri di Malaysia. Dengan mengkodifikasikan akta zakat, iaitu dengan
mewujudkan satu perundangan yang seragam di peringkat Persekutuan semua masalah di atas boleh ditangani dengan
baik. Ini kerana zakat pendapatan khususnya merupakan sumber utama institusi zakat pelbagai negeri. Justeru, kajian
ini meninjau persepsi awal dalam kalangan pembayar zakat, amil (pelaksana) dan pengamal undang-undang Majlis
Agama Islam Negeri (pelaksana perundangan) mengenai cadangan mewujudkan kodifikasi ini dan implikasinya. Kajian
ini menggunakan analisis logit binomial. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan cadangan
mengkodifikasikan Akta Zakat Nasional. Persetujuan ini dipengaruhi oleh faktor umur, tahap pendidikan dan persepsi
kodifikasi dalam kalangan pembayar zakat. Manakala para amil dipengaruhi oleh faktor perjawatan dan persepsi
kodifikasi zakat. Kajian mencadangkan penubuhan Majlis Zakat Negara (MZN) supaya akta ini dapat direalisasikan
segera, berteraskan konsep federalisme fiskal terhadap sentralisasi (kutipan) dan desentralisasi pentadbiran (agihan)
bagi menyokong dasar kutipan dan agihan zakat yang lebih baik dan seimbang. |
---|