Pendekatan rekabentuk bangunan tinggi dalam konteks perbandaran : kajian kes di Korea Selatan
Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar dikete...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19652/1/514-1697-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19652/ https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/52/showToc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar diketepikan bagi memberi ruang untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Namun begitu, isu ini kian mendapat perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti arkitek dan jururancang bandar bagi memastikan keperluan dan keselesaan penduduk bandar tetap diutamakan disamping mengharungi arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan reka bentuk bangunan tinggi dalam konteks persekitaran bandar (urbanscape) dan mengenalpasti serta mengkaji kualiti reka bentuk bangunan tinggi dalam mengukuhkan fabrik bandar menggunakan cerakinan teori Responsive Environments. Kajian kes dijalankan di dua bangunan tinggi di Korea Selatan iaitu Menara Twin Tree dan Urban Hive yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul kerana mempunyai karakter setempat yang berbeza. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan juga temubual bersama arkitek Urban Hive iaitu Kim Incheurl. Hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat tambahan tentang bagaimana bangunan-bangunan tinggi ini direkabentuk dan disesuaikan dalam persekitaran bandar serta mampu menampung kehendak penduduk bandar sendiri. |
---|