Transformasi tipologi bangunan kediaman di perkampungan bandar. Kajian kes : Kampong Bharu, Malaysia

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti transformasi tipologi pada bangunan kediaman ke atas kajian kes yang membawa kepada pembentukan dan perubahan fabrik bandar di Kampong Bharu. Kajian Kes Kampong Bharu dipilih kerana ia merupakan salah satu perkampungan bandar dengan landskap bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Iskandar Abd Malek, Noorsaidi Mahat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19656/1/522-1702-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19656/
https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/52/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti transformasi tipologi pada bangunan kediaman ke atas kajian kes yang membawa kepada pembentukan dan perubahan fabrik bandar di Kampong Bharu. Kajian Kes Kampong Bharu dipilih kerana ia merupakan salah satu perkampungan bandar dengan landskap budaya Melayu di Kuala Lumpur serta komuniti tunggal yang mendiami kejiranannya. Kedua, transformasi tipologi kediaman di Kampong Bharu dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai proses perubahan rupa bentuk bandar yang di sebabkan oleh tekanan pembangunan di sekelilingnya. Kaedah penyelidikan yang digunakan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian serta menganalisis tipologi dan morfologi pada kajian kes. Kaedah kajian yang dijalankan adalah bagi mengenal pasti corak typologi bangunan dan perubahan morfologi bandar yang terbentuk dan berubah mengikut perubahan zaman, masa dan fasa pembangunan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada badan-badan profesional seperti arkitek, perakabandar, serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami corak transformasi tipologi perumahan di perkampungan bandar Kampong Bharu, Kuala Lumpur.