Hubungan di antara kebimbangan dan kepuasan hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 menjejaskan kesejahteraan psikologikal individu terutamanya dalam kalangan pelajar. Oleh itu adalah wajar untuk mengkaji keadaan kesihatan mental pelajar dari segi kebimbangan dan kepuasan hidup. Objektif utama kajian ini ada...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19693/1/463-Article%20Text-662-1-10-20220707.pdf http://journalarticle.ukm.my/19693/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/25 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 menjejaskan
kesejahteraan psikologikal individu terutamanya dalam kalangan pelajar. Oleh itu adalah
wajar untuk mengkaji keadaan kesihatan mental pelajar dari segi kebimbangan dan
kepuasan hidup. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur hubungan dan tahap
kebimbangan dan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar semasa dalam PKP. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan keratan lintang (crosssectional
survey)secara kuantitatif. Seramai 165 responden yang terdiri daripada pelajar
Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana telah terlibat dalam kajian ini. Dua alat ujian telah
digunakan iaitu The Satisfaction with Life Scale(SWLS) danThe State-Trait Anxiety Inventory
(STAI). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan
korelasi pearson. Hasil kajian menunjukan terdapat hubungan yang signifikan antara
kebimbangan dan kepuasan hidup pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tahap
kebimbangan pelajar berada pada tahap yang rendah dan tahap kepuasan hidup berada
pada tahap yang tinggi.Hasil kajian ini menunjukkan, walaupun PKP berlangsung dalam
tempoh yang agak lama tetapi para pelajar mempunyai keadaan kesihatan mental yang baik.
Tambahan pula, pelbagai program dan intervensi yang diberikan oleh pihak Universiti,
beserta sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah telah membantu meningkatkan
kepuasan hidup dan mengurangkan perasaan kebimbangan pelajar semasa PKP. |
---|