Analisis ayat pasif bahasa Melayu dalam media sosial Facebook
Kajian ayat pasif bahasa Melayu terdahulu tertumpu kepada jenis pasif dalam teks Melayu lama, karya sastera dan wacana akhbar. Walau bagaimanapun, selaras dengan kepesatan penggunaan media sosial, timbul persoalan tentang apakah jenis ayat pasif bahasa Melayu yang digunakan oleh netizen dalam med...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19699/1/470-Article%20Text-675-1-10-20220708.pdf http://journalarticle.ukm.my/19699/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/25 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ayat pasif bahasa Melayu terdahulu tertumpu kepada jenis pasif dalam teks Melayu lama,
karya sastera dan wacana akhbar. Walau bagaimanapun, selaras dengan kepesatan penggunaan
media sosial, timbul persoalan tentang apakah jenis ayat pasif bahasa Melayu yang digunakan
oleh netizen dalam media sosial? Sehubungan itu, satu kajian dijalankan untuk meneliti jenis,
kekerapan dan faktor penggunaan ayat pasif bahasa Melayu dalam media sosial. Untuk tujuan
tersebut, kajian ini memilih media sosial FacebookPen Merah Dot Com dan OHBULAN!
sebagai sumber data kajian. Analisis deskriptif dijalankan ke atas data ayat pasif bahasa Melayu
yang terdapat dalam kedua-dua halaman Facebook tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa
terdapat tiga jenis ayat pasif bahasa Melayu yang digunakan dalam kedua-dua halaman
Facebook yang dikajiiaitu ayat pasif di-, ayat pasif ter- dan ayat pasif kena. Dari aspek
kekerapan, ayat pasif di- mencatatkan kekerapan tertinggi, diikuti dengan ayat pasif kena dan
ayat pasif ter-. Penggunaan ketiga-tiga jenis ayat pasif tersebut dipengaruhi oleh faktor jenis
ganti nama, situasi kolokial dan makna ketidaksengajaan yang terkandung dalam ayat-ayat pasif
yang digunakan oleh netizen. Kesimpulannya, penggunaan jenis ayat pasif bahasa Melayu
dalam media sosial memperlihatkan kepelbagaian ayat yang digunakan oleh netizen untuk
menyampaikan maksud dan buah fikiran. |
---|