Ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan : faktor penyebab berlakunya fraud
Standard kualiti kawalan dalaman yang telah ditetapkan oleh Model COSO (Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission) dapat membantu Kerajaan Persekutuan membangunkan garis panduan dalam pengurusan perolehan kerajaan yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fraud...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19733/1/50842-192244-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19733/ https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1515 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Standard kualiti kawalan dalaman yang telah ditetapkan oleh Model COSO (Committee of Sponsoring Organizations of
the Treadway Commission) dapat membantu Kerajaan Persekutuan membangunkan garis panduan dalam pengurusan
perolehan kerajaan yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fraud di sepanjang alir kerja pengurusan
perolehan kerajaan, menilai sejauh mana ketidakpatuhan standard kawalan dalaman dan mengenalpasti faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya fraud. Kaedah menganalisis dokumentasi, temubual dan pemerhatian telah dijalankan
bagi mengenalpasti fraud dan tahap pematuhan standard kualiti kawalan dalaman tersebut. Laporan Ketua Audit
Negara bagi tahun 2014 hingga 2016 telah dianalisis manakala sembilan (9) pegawai kerajaan yang terlibat dengan
pengurusan perolehan kerajaan di Malaysia telah ditemubual dan diperhatikan secara harian. Kajian mendapati
fraud sering berlaku di Zon B (penilaian) dan Zon C (pengesahan) dalam alir kerja pengurusan perolehan kerajaan
secara sebut harga dan tender yang majoritinya terdiri daripada pegawai kerajaan di Gred 41 dan ke atas. Kajian
ini juga mendapati terdapat pematuhan yang baik terhadap tiga (3) daripada lima (5) komponen standard kualiti
kawalan dalaman tersebut kecuali maklumat dan komunikasi serta aktiviti pemantauan. Selain itu, faktor-faktor lain
yang menyebabkan berlakunya fraud dalam pengurusan perolehan kerajaan juga telah dikenalpasti merangkumi
campurtangan kuasa politik, dasar-dasar kerajaan dan penguatkuasaan pekeliling-pekeliling khas. Kajian ini didapati
boleh dijadikan asas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dalam menambakbaik dan memastikan keberkesanan
tadbir urus kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan seterusnya, meningkatkan perkhidmatan kerajaan
kepada tahap yang lebih cemerlang. |
---|