Pembangunan kewangan, ICT dan jurang pendapatan : bukti empirikal data panel dinamik

Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu strategi pembangunan di era globalisasi. Motivasi kajian ini adalah untuk menyediakan bukti empirikal mengenai hubungan pembangunan kewangan, jurang pendapatan dan pembangunan ICT. Walaupun teori menyatakan bahawa pembangunan kewangan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhasimah Shaharuddin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor, Mohd Hafiz Abd. Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19798/1/jeko_522-10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19798/
https://www.ukm.my/jem/issue/v52i2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu strategi pembangunan di era globalisasi. Motivasi kajian ini adalah untuk menyediakan bukti empirikal mengenai hubungan pembangunan kewangan, jurang pendapatan dan pembangunan ICT. Walaupun teori menyatakan bahawa pembangunan kewangan dan juga ICT dilihat dapat mengurangkan jurang pendapatan, namun bukti empirikal terdahulu menunjukkan keputusan yang pelbagai. Oleh itu kajian ini bertujuan menganalisis interaksi antara pembangunan kewangan dengan ICT bagi menguji adakah kesan pembangunan kewangan ke atas jurang pendapatan dikuatkan dengan adanya infrastruktur ICT yang baik ataupun sebaliknya. Kajian ini menggunakan pendekatan panel dinamik kaedah momen teritlak (GMM) untuk 69 buah negara dari tahun 1980-2014. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan interaksi antara pembangunan kewangan dengan ICT ke atas 69 buah negara terpilih adalah positif dan signifikan menunjukkan bahawa kesan pembangunan kewangan terhadap ketidaksamaan pendapatan tidak membantu dalam mengurangkan jurang pendapatan dengan adanya pengaruh ICT. Namun begitu, pembangunan kewangan dan juga kemajuan dalam ICT merupakan faktor penting bagi pembangunan ekonomi. Oleh itu, keperluan terhadap faktor-faktor lain seperti pembangunan sumber manusia yang berkemahiran juga perlu diambil kira bagi memastikan pembangunan kewangan dan kemajuan ICT memberi manfaat dalam mengurangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan.