Amalan Angkikiat masyarakat Murut Paluan di Sabah

Murut Paluan adalah salah satu sub etnik kaum Murut di Daerah Nabawan, Sabah yang mengamalkan tradisi perkahwinannya yang tersendiri. Upacara inasi merupakan proses akhir dalam adat perkahwinan masyarakat Murut Paluan yang juga disebut sebagai pemberian terakhir. Terdapat beberapa acara dalam ama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamed Syafiq Salleh, Nur Afifah Vanitha Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19817/1/52252-184750-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19817/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1523
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Murut Paluan adalah salah satu sub etnik kaum Murut di Daerah Nabawan, Sabah yang mengamalkan tradisi perkahwinannya yang tersendiri. Upacara inasi merupakan proses akhir dalam adat perkahwinan masyarakat Murut Paluan yang juga disebut sebagai pemberian terakhir. Terdapat beberapa acara dalam amalan inasi dan salah satunya adalah acara angkikiat yang mengandungi nilai seni persembahan yang signifikan. Artikel ini bertujuan mengupas proses angkikiat dengan mengaplikasi konsep ‘the nest’ dalam teori Persembahan oleh Richard Schechner. Sebuah kajian asas dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian. Temu bual pula dipilih sebagai kaedah utama bagi memperolehi data. Pada masa yang sama analisis kandungan dilaksanakan untuk meneliti gambar foto dan rakaman video acara angkikiat. Informan utama kajian ini ialah penyimpan adat dan budaya Murut Paluan yang berumur lebih dari 50 tahun dan ahli masyarakat yang mengamal serta menganjurkan acara tersebut. Dapatan kajian ini adalah, acara angkikiat adalah ‘metacommentary’ terhadap pandang dunia masyarakat Murut Paluan tentang nilai kekeluargaan. Keunikan angkikiat adalah persembahan mencari pengantin perempuan yang berfungsi sebagai pembuka bicara antara kedua keluarga yang terlibat. Acara ini juga membuktikan nilai yang diletakkan oleh masyarakat ini terhadap kerjasama, sokongan kewangan dan maruah keluarga melalui amalan angkikiat dalam upacara inasi. Selain itu, ia juga memaparkan komitmen masyarakat ini dalam memastikan pemeliharaan amalan tradisi mereka.