Kesalahan penggunaan imbuhan bahasa Melayu dalam Instagram
Makalah ini membincangkan tentang kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam media sosial. Setiap ayat dalam kapsyen di media sosial tidak semestinya menggunakan bentuk kata daripada proses pengimbuhan yang betul dan ia boleh menyukarkan pemahaman pengguna media sosial yang lain. Oleh itu, tujuan kaji...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19854/1/449-Article%20Text-633-1-10-20220704.pdf http://journalarticle.ukm.my/19854/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/22 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam media sosial.
Setiap ayat dalam kapsyen di media sosial tidak semestinya menggunakan bentuk kata
daripada proses pengimbuhan yang betul dan ia boleh menyukarkan pemahaman pengguna
media sosial yang lain. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai permasalahan
yang timbul mengenai penggunaan imbuhan yang sering digunakan dalam media sosial.
Objektif kajian adalah untuk menganalisis kekerapan jenis kesalahan imbuhan dalam
penulisan kapsyen Instragram dan perkaitannya dengan aspek gramatikal. Kajian ini
merupakan kajian morfologi yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah
kuantitatif melibatkan pemerhatian dan analisis kapsyen ke atas 30 akaun Instagram untuk
meneliti kekerapan kesalahan penggunaan imbuhan. Kaedah kualitatif pula diterapkan dalam
perbincangan kesalahan penggunaan imbuhan dan hubung kaitnya dari segi gramatikal.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam
Instagram yang dikaji iaitu imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Dari segi kekerapan,
kesalahan imbuhan yang tertinggi ditemui adalah kesalahan imbuhan akhiran iaitu
44%,diikuti imbuhan awalan 16.92% dan apitan sejumlah 15.38%. Setiap jenis kesalahan
tersebut mempunyai hubung kait darisegi kegramatisan khususnya makna ayat dan juga
hubungan kohesif dan koherensi dalamkapsyen yang digunakan. Hal ini kerana perubahan
suatu bentuk kata itu apabila mengalami proses pengimbuhan akan memberi kesan terhadap
perubahan makna gramatikal dan makna konteks satuan ayat tersebut. Kesimpulannya,
penggunaan imbuhan yang salah dapat mempengaruhi makna sebenar ayat yang ingin
disampaikan dalam sesuatu kapsyentersebut. |
---|