Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah

Agama penting bagi membangun ikatan sosial dan mempunyai fungsi integratif bagi memperkukuh integrasi sosial dan membangkitkan semangat solidariti. Solidariti yang dipamerkan melalui kesungguhan sikap menolak kebencian dan menyuburkan kedamaian mampu menjamin kelangsungan hidup bersama antara pihak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraya Sintang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohd Nazmi Mohd Khalli, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19900/1/43925-189543-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19900/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
id my-ukm.journal.19900
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.199002022-09-28T15:24:45Z http://journalarticle.ukm.my/19900/ Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah Suraya Sintang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohd Nazmi Mohd Khalli, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Agama penting bagi membangun ikatan sosial dan mempunyai fungsi integratif bagi memperkukuh integrasi sosial dan membangkitkan semangat solidariti. Solidariti yang dipamerkan melalui kesungguhan sikap menolak kebencian dan menyuburkan kedamaian mampu menjamin kelangsungan hidup bersama antara pihak berbeza agama. Namun dalam usaha membina solidariti agama, ia kadangkala mencetuskan polemik apabila wujud tanggapan bahawa usaha ini cuba menyamaratakan agama atau mencampuradukkan ajaran agama. Solidariti agama bukan satu inisiatif untuk menyamaratakan atau mencairkan agama dengan mewujudkan ikatan akrab dengan pihak berbeza agama. Sebaliknya, solidariti agama menggambarkan kecenderungan untuk memilih perdamaian dan mengelakkan permusuhan kerana masyarakat saling bergantungan untuk mencapai kesepaduan sosial. Fenomena sosial ini dapat dilihat melalui cara hidup masyarakat Sabah yang tinggal di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Kajian ini bertujuan memerihalkan solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah dengan mengetengahkan amalan dan contoh teladan (sharing good practices) yang dipamerkan melalui program libat sama masyarakat, keluarga campur yang berbeza agama dan hubungan sosial antara agama di pedalaman Sabah. Metode kualitatif diaplikasikan berdasarkan pengumpulan data daripada beberapa siri kajian lapangan di daerah Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Tambunan dan Tenom. Kaedah temu bual secara bersemuka bersama informan utama daripada kalangan pemimpin agama Islam dan bukan Islam serta temu bual secara rawak bersama penduduk setempat di daerah terpilih bagi menjelaskan hubungan inter-komuniti antara pihak berbeza agama di Sabah. Kaedah pemerhatian ikut-serta di lapangan turut digunakan bagi menjelaskan aktiviti libat sama masyarakat dalam program forum, dialog dan lawatan ke rumah-rumah ibadah. Kesemua data yang diperoleh diolah dalam bentuk analisis tematik bagi menghuraikan fungsi agama sebagai pengukuh integrasi sosial dan pencetus semangat solidariti yang diperlihatkan melalui sikap kebersamaan antara pihak berbeza agama. Melalui sikap sebeginilah, masyarakat Sabah sering dilabel sebagai toleran dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran hubungan antara agama. Kajian ini merumuskan solidariti agama perlu disuburkan bagi menjamin kelangsungan keharmonian hidup bersama masyarakat Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/19900/1/43925-189543-1-PB.pdf Suraya Sintang, and Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, and Mohd Nazmi Mohd Khalli, and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, (2022) Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah. AKADEMIKA, 92 (2). pp. 187-205. ISSN 0126-5008 https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Agama penting bagi membangun ikatan sosial dan mempunyai fungsi integratif bagi memperkukuh integrasi sosial dan membangkitkan semangat solidariti. Solidariti yang dipamerkan melalui kesungguhan sikap menolak kebencian dan menyuburkan kedamaian mampu menjamin kelangsungan hidup bersama antara pihak berbeza agama. Namun dalam usaha membina solidariti agama, ia kadangkala mencetuskan polemik apabila wujud tanggapan bahawa usaha ini cuba menyamaratakan agama atau mencampuradukkan ajaran agama. Solidariti agama bukan satu inisiatif untuk menyamaratakan atau mencairkan agama dengan mewujudkan ikatan akrab dengan pihak berbeza agama. Sebaliknya, solidariti agama menggambarkan kecenderungan untuk memilih perdamaian dan mengelakkan permusuhan kerana masyarakat saling bergantungan untuk mencapai kesepaduan sosial. Fenomena sosial ini dapat dilihat melalui cara hidup masyarakat Sabah yang tinggal di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Kajian ini bertujuan memerihalkan solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah dengan mengetengahkan amalan dan contoh teladan (sharing good practices) yang dipamerkan melalui program libat sama masyarakat, keluarga campur yang berbeza agama dan hubungan sosial antara agama di pedalaman Sabah. Metode kualitatif diaplikasikan berdasarkan pengumpulan data daripada beberapa siri kajian lapangan di daerah Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Tambunan dan Tenom. Kaedah temu bual secara bersemuka bersama informan utama daripada kalangan pemimpin agama Islam dan bukan Islam serta temu bual secara rawak bersama penduduk setempat di daerah terpilih bagi menjelaskan hubungan inter-komuniti antara pihak berbeza agama di Sabah. Kaedah pemerhatian ikut-serta di lapangan turut digunakan bagi menjelaskan aktiviti libat sama masyarakat dalam program forum, dialog dan lawatan ke rumah-rumah ibadah. Kesemua data yang diperoleh diolah dalam bentuk analisis tematik bagi menghuraikan fungsi agama sebagai pengukuh integrasi sosial dan pencetus semangat solidariti yang diperlihatkan melalui sikap kebersamaan antara pihak berbeza agama. Melalui sikap sebeginilah, masyarakat Sabah sering dilabel sebagai toleran dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran hubungan antara agama. Kajian ini merumuskan solidariti agama perlu disuburkan bagi menjamin kelangsungan keharmonian hidup bersama masyarakat Malaysia.
format Article
author Suraya Sintang,
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali,
Mohd Nazmi Mohd Khalli,
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin,
spellingShingle Suraya Sintang,
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali,
Mohd Nazmi Mohd Khalli,
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin,
Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
author_facet Suraya Sintang,
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali,
Mohd Nazmi Mohd Khalli,
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin,
author_sort Suraya Sintang,
title Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
title_short Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
title_full Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
title_fullStr Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
title_full_unstemmed Solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah
title_sort solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di sabah
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2022
url http://journalarticle.ukm.my/19900/1/43925-189543-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19900/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1465
_version_ 1746211265778286592