Tahap pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia
Walaupun mempunyai sejarah yang panjang, kejurubahasaan sebagai sebuah kerjaya profesional masih ketinggalan di banyak negara termasuk Malaysia. Secara umumnya, jurubahasa masih dianggap sebagai kerjaya separa profesional yang masih berstatus rendah dan belum berkembang menjadi kerjaya profesiona...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19925/1/55634-184425-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19925/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1518 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Walaupun mempunyai sejarah yang panjang, kejurubahasaan sebagai sebuah kerjaya profesional
masih ketinggalan di banyak negara termasuk Malaysia. Secara umumnya, jurubahasa masih
dianggap sebagai kerjaya separa profesional yang masih berstatus rendah dan belum berkembang
menjadi kerjaya profesional sepenuhnya memandangkan ia masih belum memenuhi ciri-ciri
sebuah kerjaya profesional. Kajian ilmiah sedia ada berkaitan pemprofesionalan bidang
kejurubahasaan di Malaysia amat terhad dan agak ketinggalan. Sepanjang lebih satu dekad yang
lalu tiada kajian susulan dilakukan. Kajian ini meninjau perkembangan terkini proses
pemprofesionalan bidang kejurubahasaan di Malaysia dengan mengaplikasikan satu-satunya
model pemprofesionalan yang dibangunkan khusus untuk bidang kejurubahasaan iaitu model
Tseng (1992) dengan memberi tumpuan kepada tiga elemen: (1) institusi pendidikan dan latihan,
(2) persatuan/organisasi berkaitan kejurubahasaan, dan (3) sokongan politik dan kerajaan. Kaedah
penyelidikan utama yang digunakan adalah kajian dokumen (document review). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa walaupun terdapat perkembangan yang positif, bidang kejurubahasaan di
Malaysia, secara umumnya, masih memaparkan ciri-ciri kecelaruan pasaran, dengan ketiadaan
badan yang mengawal selia kemasukan pasaran dan menetapkan kod etika jurubahasa. Malaysia
kini boleh dikatakan berada di fasa pertama (kecelaruan), kedua (pendidikan dan latihan) dan
ketiga (pengiktirafan) secara serentak dalam model pemprofesionalan Tseng. Ini kerana
sebahagian elemen ketiga-tiga fasa ini wujud dalam bidang kejurubahasaan tempatan, namun
masih belum mencapai tahap kematangan. Apa yang diharapkan adalah untuk pemegang taruh
industri kejurubahasaan tempatan terutamanya persatuan dan organisasi berkaitan kejurubahasaan,
organisasi yang menyediakan pendidikan dan latihan kejurubahasaan, dan kerajaan
menggembleng tenaga untuk terus berusaha merealisasikan proses pemprofesionalan kerjaya
kejurubahasaan di Malaysia. |
---|