Implimentasi geometri BIM-GIS terhadap navigasi pengguna bagi persekitaran dalaman : satu kajian

Pengintegrasian antara Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) kerap dibincangkan dari semasa ke semasa berikutan manfaat yang ditawarkan terutamanya bagi navigasi pengguna di persekitaran dalaman bangunan. Ketidakseragaman dari aspek geometri tiga dimensi dan tahap per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Ahmad Fadhli Syed Abdul Rahman, Khairul Nizam Abdul Maulud, Sharifah Nurul Ain Syed Mustorpha, Sarah Shaharuddin, Adi Irfan Che Ani
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19959/1/04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19959/
https://www.ukm.my/jkukm/volume-3402-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengintegrasian antara Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) kerap dibincangkan dari semasa ke semasa berikutan manfaat yang ditawarkan terutamanya bagi navigasi pengguna di persekitaran dalaman bangunan. Ketidakseragaman dari aspek geometri tiga dimensi dan tahap perincian dikenalpasti antara penyumbang kepada kesukaran dalam mengintegrasi kedua-dua model tersebut. Meskipun terdapat pelbagai limitasi, pelbagai kajian telah dilaksanakan untuk menambahbaik kaedah pengintegrasian secara pintar supaya data-data tersebut dapat dimanfaatkan dengan jayanya. Oleh yang demikian, makalah ini memberi fokus untuk mengkaji makalah penyelidikan yang relevan untuk (1) mengenalpasti maklumat dan struktur asas model BIM dan GIS, (2) mengkaji hubungan dan integrasi yang berlaku antara kedua-dua jenis model tersebut di peringkat geometri model dan (3) mengenalpasti aplikasi navigasi pengguna terhadap persekitaran dalaman bangunan dan menyatakan halatuju untuk kajian melibatkan integrasi BIM dan GIS untuk masa hadapan. Dari kajian ini, dapat dikenal pasti bahawa penyelarasan skema geometri adalah kunci kejayaan integrasi BIM dan GIS. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan interoperabiliti data dan membantu dalam pengembangan datamodel secara holistik untuk skop aplikasi yang lebih luas. Terutama dalam era perkembangan pesat pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan teknologi internet of things (IoT), di mana aplikasi produk bersepadu melalui kaedah web semantik dilihat mempunyai ruang yang luas untuk berkembang secara signifikan untuk perkhidmatan berasaskan lokasi (LBS) dan aplikasi kecemasan.